Monday, January 24, 2011

O Allah

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ إنْتَ تَحْعَلُ الْحزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

O Allah! There is nothing easy except what You make easy, and You make the difficult easy if it be Your Will

pusat aksi amal

“Sesungguhnya hari ini adalah satu hari di antara hari-hari Allah, tidak patut diisi dengan kebanggan dan keangkuhan. Ikhlaskanlah jihadmu dan tujulah Allah dengan amalmu kerana hari ini menentukan hari-hari yang akan datang.”
Demikianlah kata-kata Khalid bin Al Walid di tengah-tengah berkecamuknya perang Yarmuk.
Perkataan ikhlas sudah begitu kerap kita dengar dalam berbagai kesempatan.
Bagi aktivis dakwah, semestinya ikhlas tidak boleh lagi menjadi sekadar retorik belaka, melainkan ia :
  1. Mesti hadir dan wujud dalam diri kita.
  2. Menyatu dalam fikiran dan hati kita.
  3. Bersenyawa dengan jiwa kita.
  4. Seirama dengan degupan jantung dan tarikan nafas kita.
Ikhlas adalah pusat aksi amal di mana :
  1. Bermula dengannya kita meniti hari-hari.
  2. Dengannya kita bekerja.
  3. Melaluinya kita membangun ukhuwah.
  4. Bersamanya kita menjejaki jalan dakwah ini.
Sungguh, perlu kita sedari bahwa hati seorang hamba sentiasa dikepung dari berbagai penjuru oleh :
  1. Hawa nafsu.
  2. Kepentingan sesaat.
  3. Cita-cita duniawi.
  4. Perasaan malas.
  5. Hasrat ke arah kemaksiatan.
  6. Gejolak ingin dipuji serta disanjung.
Kesemua ancaman-ancaman di atas sentiasa mengintai akan keadaan kelemahan hati kita dan ketika kesempatan kelemahan dan kelalaian itu mereka dapatkan, dengan segera mereka menembusi hati kita dan menguasainya, Naudzubillah. 
Oleh yang demikian, sudah semestinya kita menyedari dengan sepenuh hati, bahwa sejak kali pertama kita bergabung dengan dakwah ini, ikhlas telah menjadi tuntutan dan kewajiban yang mengikat diri kita sehingga Allah menampakkan kemenangan bagi dakwah ini atau kita syahid dalam menegak dan membelanya.
Sungguh, kita tidak perlu lagi menghuraikan makna ikhlas dengan kata-kata kerana kita semua bahkan telah menghafalnya di kepala kita.
Namun kita perlu mengajak diri kita semua untuk merenungi bersama pertanyaan-pertanyaan berikut : 
  1. Apakah kita telah menjadikan ikhlas sebagai sesuatu yang menyatu dalam diri kita, melebur, menjasad, mendarah daging serta menjadi bahagian yang tidak boleh dipisahkan dalam diri kita?
  2. Apakah ikhlas telah merasuk dalam fikiran kita sehingga membuatkan kita menjadi produktif sekaligus kreatif dalam mengeluarkan gagasan untuk membangun dakwah ini tanpa kecenderungan apapun selain kepada Allah swt?
  3. Apakah ikhlas telah melebur ke dalam hati kita sehingga menjadikan kita mampu memandang segala permasalahan dakwah ini secara jernih dan menjadikan kita mampu membangun ukhuwah yang sebenarnya bukan sekadar hiasan kata apalagi untuk saluran hasrat dan nafsu sesaat?
  4. Apakah ikhlas telah menjadi jiwa dalam setiap amal yang kita lakukan sehingga menjadikan kita rela memikul amanah serta melaksanakan apapun tugas-tugas dan amanah dakwah dengan penuh tanggungjawab tanpa rasa berat dan tidak berharap apa-apa balasan atas semua itu kecuali hanyalah dari Allah swt? 
  5. Apakah ikhlas baru hanya sekadar kata-kata tanpa makna atau ia cuma suatu retorik yang kita suapkan kepada mutarabbi kita?
Takutlah kita kepada Allah swt kerana Dia Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Sesungguhnya kemenangan dakwah ini sejak dulunya sentiasa berkait dengan keikhlasan para pendukungnya.
Mari kita kembali pada keaslian dakwah ini.
  1. Apakah sebenarnya motivasi awal kita apabila memilih kehidupan di jalan ini?
  2. Apakah yang kita inginkan ketika kita bergabung dengan dakwah ini?
Jawabannya adalah motivasi awal dan keinginan kita apabila memilih kehidupan dan bergabung dengan dakwah ini adalah semata-mata untuk meraih ridha Allah.
Untuk tujuan itu, kita akan ikut berputar bersama roda dakwah ini ke manapun ia berputar, tidak akan berganjak darinya kerana kita yakin bahwa kebaikan itu ada bersama dengan dakwah dan kehinaan dunia dan akhirat apabila kita memisahkan diri kita darinya.
Semua itu kita lakukan sebagai wasilah atau jalan untuk meraih keridhaan Allah swt dan bukan selain itu.
Bagi kita, ridha Allah adalah imbalan terbesar dan termahal di mana kita sudah merasa cukup dengan imbalan itu.
Nabi Muhammad saw pernah berpesan :
”Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu”.
Ungkapan hadits ini mengandungi makna bahwa Allah berjanji akan menjaga dan melindungi kita dari segala macam gangguan, godaan dan pujuk rayu syaitan samada dari jenis jin ataupun manusia selama mana kita menjaga keikhlasan hati kita hanya kepada Allah swt. 
Marilah kita jadikan ikhlas sebagai titik tolak :
  1. Segala perbuatan kita.
  2. Gerak-geri dan tingkah laku kita.
  3. Sikap kita.
  4. Kata-kata kita.
sehingga ia menjadi akar dan asas visi dan misi kehidupan kita.
Mari kita letakkan ikhlas di lubuk hati kita yang paling dalam sehingga ia menyertai segala niat dan lintasan hati yang ada di benak kita.
Ya Allah, kami memahami bahwa ikhlas adalah pusat aksi amal perbuatan manusia yang akan menentukan tujuan dan matlamat yang betul mengharapkan ridhaMu. Tetapkanlah keikhlasan ke dalam lubuk hati kami sehingga ia benar-benar menjadi tunjang dan tonggak kepada setiap amal dan perbuatan kami yang akan diterima olehMu.
Ameen Ya Rabbal Alameen...was
my dear self..dun be lazy...

Tuesday, January 11, 2011

buat ukhtiku~

Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (QS An-Nisaa’ : 104)

Thursday, January 6, 2011

melangkah terus~


nukilan yang panjang.padat.penuh makna.praktikal.harusnya bagaimana diriku selepas itu?...

Berjalan dan melangkahlah terus dan jangan berhenti.
Mungkin sahaja ada kebahagiaan dan kenikmatan yang dapat menyenangkan kita di sini, namun itu tidak boleh menyimpangkan niat dan tujuan kita di sini bahkan kita disuruh meluruskannya hanya :
  1. Untuk Allah swt.
  2. Untuk ridhaNya.
  3. Untuk dakwahNya.
seterusnya, aku terpaku lagi dengan kata-kata ini.ianya perkataan biasa yang mungkin biasa diungkap...tapi benarlah..mereka para anbiya' sahabat telah merasainya...tidakkah kau mau menjadi seperti mereka?..
Ketika kita melangkah, berlari , diam dan berbahagia di jalan ini, maka semuanya itu adalah untuk dan kerana Allah swt.
Lalu :
  1. Jika ada aral dan batu di jalan ini yang mengganggu langkah.
  2. Jika ada cuaca dan suasana jalan ini terasa menekan hati untuk berhenti.
  3. Jika ada peristiwa yang boleh melelehkan airmata dalam hati, kedukaan atau luka di jalan ini.
Tetaplah berjalan dan jangan berhenti.
Kita akan terus berjalan di sini agar, hanya Allah yang tahu semua kepahitan dan luka itu adalah sebahagian dari persembahan, pengabdian, pengorbanan untukNya  dan di jalanNya.
Hanya dengan itulah, kesulitan dan kepahitan akan menjadi nikmat dan kebahagiaan kerana kita di sini adalah keranaNya dan untukNya bukan untuk siapa-siapa.
Semoga kita ikhlas menerima dan menjalani semuanya.
Ya Allah tetapkanlah keikhlasan di dalam hati kami walaupun ianya digoncang oleh badai was-was syaitan dan keinginan hawa nafsu kerana kami tidak tahu amal manakah yang benar-benar diterima olehMu di akhirat nanti. Kuatkanlah jiwa kami supaya kami tidak terpedaya dengan perasaan bahwa kami lebih banyak beramal berbanding saudara-saudara kami yang lain. Sesungguhnya Engkau hanya menerima amal yang ikhlas tanpa dikotori dan dicemari oleh perasaan ‘ujub dan riya’.
Ameen Ya Rabbal Alameen.WAS

ayuh!!!

Qudwah Seorang Kader Dakwah

Dedicated to kekanda burians ku sayang fillah ^^