Friday, November 13, 2009

bulu kucing??


oh........jumaat yang tenang...hujan yang turun renyai...mendamaikan jiwa-jiwa yang halus...
dalam dakapan kasih sayang-Mu ya Rabb...


indahnya...perasaan ini ya Allah...sedikit peringatan ringkas oleh kekanda ku sayang~...


hurm...tentang persoalan yng timbul dari sebuah majalah solusi 13....


as usual..hee..search...summarize..and share with u...

“Memang ada ulama (mazhab Shafi'ii dan Hanbali) yang berkata bulu kucing itu najis kerana berpegang pada pendapat bahawa apa yang terpisah dari binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih atau binatang yang tidak boleh dimakan adalah najis.


Tapi sesetengah pendapat dan pendirian lebih menjurus pada (Hanafi dan Maliki) kerana

1. ada hadits nabi s.a.w yang menceritakan mengenai seorang sahabat yang bertanya mengenai hukum kucing. Nabi lalu jelaskan bahawa ia tidak najis kerana ia adalah binatang yang sering berkeliaran di rumah dan sekitaran kita. Kalau ia najis, akan pasti menyusahkan. Sedangkan Islam adalah agama yang memudahkan.

Lihat hadits -- diriwayatkan dari Abu Qatadah, di mana Rasulullah saw bersabda,



"Kucing itu tidak najis, ia termasuk haiwan yang berkeliling dalam lingkunganmu.”
(HR yang berlima. Kata Imam Tirmiddzi:’hadith ini hasan lagi sahih. Juga dinyatakan sahih oleh Imam Bukhari)


hurm...jadinya...BULAT buleh men masuk bilik tidur kah???...hurm...rindu BELANG plak...

2. Sahabat nabi s.a. w bernama Abu Hurairah dinamakan sedemikian kerana ia memang suka dengan kucing dan dia ada kucing peliharaan yang dibawa ke mana-mana. Kalau bulu kucing yang tercabut  itu najis, dia pasti tidak melakukan sedemikian kerana hakikatnya amat sukar untuk menjaga diri dari bulu kucing yang tertanggal.


Rasa setuju...sbb nya baju penuh ngn bulu kucing-- xdpt nak buang..=|


... makanya...tiada masalah bukan???


hati ini lebih terjurus pada pendapat imam Hanafi n Maliki...


okey kah ??...ke xsetuju???

Wallahu A`alam---- salam juang...


Wednesday, November 11, 2009

yOk!!..."Jual Beli dengan Allah"

Mornink!!!..=D..salam to all of u..how's the day?..everthin' in oke??..feel good??.. alhamdulillah..mudah-mudahan...usah berduka...orang mukmin sentiasa hatinya dalam tenang meskipun dilanda musibah...inshaAllah..diri ini jua sedang berusaha ke arah itu...hopefully adik2..kakak2..makcik2..bondaku..jua sahabat2 ku tabah ye...

alhamdulillah...jzkk to along..not just sharing..but more to remind us...simple..short..
search..summarize...analyze,,,share.

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي
سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآَنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Artinya:
Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa dan harta mereka dengan (imbalan) bahwasannya bagi mereka surga. Mereka berperang di jalan Allah lantas membunuh atau terbunuh. Ini sebagai janji yang benar dalam Taurat, Injil dan Al-Qur’an. Dan, siapa yang lebih menunaikan janjinya dari pada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kalian lakukan itu. Dan itulah keuntungan yang besar.


Hurm...kata-kata Allah adalah tawaran yang cukup hebat!!..sedarkah kita hakikat ini??... Allah membeli jiwa-jiwa dan harta-harta milik orang2 beriman dengan bayaran sebuah syurga yang tidak ternilai...sehinggakan sabda Rasulullah saw dlm mengambarkan syurga itu

ا عين رأت ولا أذن سمعت ولا خطر في قلب بشر
“tidak pernah dilihat mata, didengar telinga dan tidak terlintas pada hati seseorang pun”-...

masyaAllah..specialnya individu bertuah yang berjaya dibeli Allah swt...

xmahukah kita??...hurm...

mahalkah jiwa2 dan harta2 kita ini??..hurm...

imbalannya atau bayarannya dengan syurga?...hurm..

yup!..inilah janji Allah bagi orang2 yang beriman...

were we orang2 beriman??..

once shahadah diungkapkan..pastinya..jual beli telah terakad disitu (kontrak jual beli dengan Allah)

namun dikemudian hari ia mengatur jiwa ataupun hartanya atau dua-duanya (kehidupannya) dengan undang-undang yang ia buat sendiri tanpa izin dari Allah, maka perbuatan ini tidak lain adalah sebuah pengkhianatan dan pelanggaran yang ia lakukan terhadap kontrak tersebut.


أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ . . .(الشورى 21)
Artinya;
Apakah bagi mereka ada tuhan-tuhan yang menyekutui Allah, yang membuat untuk mereka undang-undang yang tidak Allah izinkan dari dien ini?… (Asy-Syura: 21)

then...pastinya ada cabarannya/ujiannya/halangannya...

is not that easy to get syurga Allah..

pain..tough...hard...=|

u just only need to sacrifice..be patient...and chaiyOk!!!

and bergumbiralah wahai golongan-golongan yang beruntung..

oraits~...

Tuesday, November 10, 2009

manfaatkah kita kepada orang lain??

Bismillah.... The most gracious..the most merciful...

Alhamdulillah..jzkk to achik for sharing the hadith from Rasulullah saw..

I got the point there..search..read and summary...then paste to this blog...

wanna to share with you...as my dearest adik.kawan.sahabat.kakak.mak.makcik..

Rasulullah SAW bersabda: خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia.

Yup...orang yang paling dicintai Allah swt adalah yang paling membawa manfaat kepada orang lain mahupun disekelilingnya...dan dalam memberi manfaat pada yang lain...pastinya dengan ilmu... “Jika hendakkan dunia..hendaklah berilmu..jika hendakkan akhirat..hendaklah berilmu..jika hendakkan kedua-duanya...hendaklah berilmu... either ilmu dunia or ilmu akhirat...pastinya ianya membaca faedah dan manfaat kepada yang lain...mudah-mudahan...

Sebagai contoh dalam kehidupan kita kini...

seorang engineer...

seorang pensyarah bidang masing (eg..Dr Biotech, Dr Nutrition, Dr. BioMedic, Dr. Hrd, Dr.Multimedia)

seorang Demo

seorang pembantu penyelidik

seorang pembantu pengajar

---> kesemuanya bermanfaat kepada orang lain...

don't they???...

hurm...but then...the most precious ...the most beneficial thing is to let others understand the beautiful dan the unique of islam itself clearly...( betul kah ayat ku ini???..)

lebih kurang macam nihla...semua ilmu itu bermanfaat kiranya membawa kebaikan pada diri dan orang lain tapi perkara yang palin besar manfaatnya alalah memberi kefahaman yang sebenar-benarnya kepada orang lain through life style, qudwah...and many2 more...

sekecil2 perkara2 itu adalah dalam islam itu sendiri...jika kamu berfikir...

ok la...sampai sini dulu...

oh ye..if kita xmahu jadi manusia yang bermanfaat..jangan jadi manusia yang menyusahkan orang lain..kerana demikian ianya menjadi seburuk-buruk manusia...

bisakah kital nak jadi seburuk-buruk manusia???...suka kah diri dipanggil buruk??..hurm...

Oleh itu sama-samalah kita tegur-menegur antara satu sama lain sebagai cara kita memberi manfaat kepada mereka....

yok!..berusaha baiki diri..betul kan niat setiap pekerjaan kita...

moga hari-hari mu di berakahi Ilahi..ameen..

Wednesday, November 4, 2009

moga tenang jiwa yang sibuk

kepada diri ku jua dirimu... kukongsikan sesuatu yang very significant to our life..

so..take note..life too short..make it as maxsimum as possible..to gain redha Ilahi..

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan.

Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang
tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab “ya!”.

Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan
menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.

Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…”

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.

Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.

“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda.

Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.

Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”

“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.”

“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum.

“Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, maka ingatlah kisah ini..

Sekian, moga tenang sedikit jiwa yang sibuk. Ceria selalu :)...- dari blog pakarhowto.com

ye!!! aku setuju!!! amat!!! sgt!!! dan benarlah..ianya memotivasikan diri ini... jika kau bekerja...meskipun kau seorang pelajar..meskipun kau seorang ibu...meskipun kau seorang anak...meskipun kau seorang kawan harus kau ingat kau adalah tetap HAMBA-NYA... tunduk kanlah hatimu...lembut lunak kan hatimu.. dengan kata-kata Allah (AQ)... laksanakan ape yang disuruh... wahai jiwa2 yang halus.. sabar wahai diri...sedang berusaha.. ya Allah...

---p/s: akan ku ingat kisah ini sahabat---
---p/s: achu..diriku jua copy paste..=p---

Tuesday, October 13, 2009

topup iman

salam to all.....

bagaimana iman mu hari ini???...
bagaimana perancangan mu hari ini???...

adakah kau merancang apa yang kau nak buat hari ini???...
adakah kau punyai checklist perjalanan hidup kau hari ini???...
adakah kau sentiasa checklist sikap kau hari ini???...
adakah kau checklist amalan kau hari ini???...

apakah yang kau buat hari ini bermanfaat pada islam???..
apakah perlaksanaan kerja kau hari ini bersungguh-sungguh???..

Imam Syafi'e said... bekerja keraslah kamu untuk menggapai matlamat..
jarak=laju/masa...

jarak semakin pendek...masa makin singkat... makanya keperluan untuk laju adalah wajib!!!
ape itu???...keimanan dan cita-cita kamu...

pabila iman mu tinggi...adalah perlu punyai cita-cita yang tinggi...mencapai matlamat itu.. berkadar terus......

pabila iman mu rendah ..tapi cita-citamu tinggi...tidak memberi apa2..kerna bila cita-cita xkesampaian..dirimu kecundang dan tidak mahu bangun semula kerana imanmu rendah...

pabila iman mu tinggi..tapi cita-citamu rendah..adalah sia-sia... seolah-olah kita tidakk menjalankan kerja...nothin' changes...sekadar iman semata-mata tapi xbergerak to achieve the goal...

begitulah teori dakwah yang aku dengari dari seorang sahabat...

analogi haiwan bernama BANGAU...

kenapa bangau???...could u plez search the characteristic of bangaurians??...

bangau...oh..bangau...

yang akan terbang secara kumpulan..tidak berseorangan...
---begitu juga dalam menjalankan kerja2 dakwah ini..keperluan untuk secara kumpulan..jemaah..like solat jemaah..27 pahala kali ganda dari seorang diri 1 pahala shj..

yang sentiasa bersedia untuk menjadi leader...apabila sekumpulan ketua telah penat dan jatuh..akan ada sentiasa pengganti untuk lead menuju ke destinasi..
---begitu juga dalam menjalankan kerja2 dakwah ini...keperluan untuk sentiasa bersedia menjadi ketua atau bersedia untuk menggantikan yang lain dalam keadaann yang memerlukan..
---sebagai contoh..kiranya sahabat kita yang ditugaskan untuk memasak tapi tidak ada ditempat kejadian..maka kita harus bersedia menggantikan beliau untuk memasak...

mempunyai matlamatnya yang jelas...migrate dari satu tempat ke satu tempat..
---maka jelas kita punyai matlamat yang satu..to gain mardhatillah..insyaAllah..

...inilah perkongsian oleh seorang sahabat kepada ku..jzkk..

moga ianya bermanfaat untuk recharger our iman, spirit to work hard...with smart strategies..

Thursday, September 24, 2009

epilOg rinDu

bagaikan pelangi
selepas hujan reda
indah berseri
mewarnai alam
beburung berterbangan
riang berkicauan
tiada lagi
mendung semalam

damainya di hati
bila terpandang wajahmu
manis senyuman
menghulurkan salam
lembut tutur bicara
tersusun bahasa
terhapus sudah
titis airmata

kenangan suka dan duka
yang dilalui bersama
indah nya kenangan
yang pernah tercipta

hindarkan persengketaan
jernihkan kekeruhan
bara amarahmu
jangan dinyalakan..oh..

kasih dan sayang
membentuk titian rindu
menghubungkan hati yang lama terpisah
mengeratkan lagi ukhuwah yang telah lama terbina

bahagia dalam maghfirah-Nya
oh..indahnya jalinan kasih sayang..

tidak sempurna iman
tidak bernama insan
adat bermusuhan
dibiar berterusan

leburkan keegoan
hulurkan kemaafan
semoga sentosa
dalam keredhaan oh...

tinggal duri-duri
yang mencalar...
melukakan...
oh..

oh...sahabatku..aishah..nisa' di tbc
..anas..finas..tun..ayu di matrik
..zaharah..syera..awer..shima..nadiah..azwa..aainaa..nina..jameela..aniza..sa'adah..naufa di sek.men..
..fariza..kak dhirah..aisyah ruqayyah di ipta
..beloved umi,along,achik,ateh,achu..
..dan sahabat2 len yang hatimu dan hatiku pernah terguris disepanjang jalinan ukhuwah ini terbina

...epilog rindu..

Friday, September 11, 2009

manisnyer ukhwah

Ukhuwah...
ibarat satu janji yang dibuat dalam hati
tak dapat ditulis
tak dapat dibaca
namun,
takkan terpisah oleh jarak
takkan berubah oleh masa
takkan sirna oleh amarah
ia kan selamanya di dalam jiwa...
.....

Ukhuwah itu...
degup penuh makna
yang mengalir indah
berawankan keTSIQOHan / kePERCAYAan
yang menembus karang PRASANGKA dlm hati...
.....

akhirnya...
tiada kata indah seindah kata UKHUWAH ....

ayuh!!!

Qudwah Seorang Kader Dakwah

Dedicated to kekanda burians ku sayang fillah ^^