Thursday, November 11, 2010

senja

pergi..

kembali...

lari...

cari kekuatan..

mencari..

mendengar...

sebak..

solat...zikir..baca AQ..

O Allah..O Allah...

hari hari camni susahla...tapi best gak..bagi basah sikit hati tuh.. degil benor!
yoish!~


Tuesday, November 9, 2010

man ahbabta ??

Imam Hasan Al-Banna telah menyatakan :

"Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim sejati adalah 'kitab terbuka' yang semua orang membacanya. Ke mana sahaja ia pergi, ia adalah 'dakwah yang bergerak'."
Allah swt berfirman :
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah suri tauladan yang baik bagimu."
(QS Al-Ahzab : 21)

-----------
Rasulullah saw telah memberi kemudahan dalam hal ini seraya bersabda ;

"Sampaikan dariku walau hanya satu ayat!"  
Allah swt berfirman :

"Katakanlah (kepada manusia dengan) perkataan yang benar." 
Rasulullah saw telah bersabda :

"Bersikap lunaklah kepada manusia dan bersabarlah bersama mereka!"
Sebuah syair bertutur :

“Barangsiapa memiliki "rasa" Islam, ia memahaminya.

Barangsiapa memahaminya, ia bangkit dengan Rabbnya sebagai tebusan.”
------------------
Ada sebuah kisah di mana ada seorang lelaki yang diberi julukan "Al-Mustami' " (pendengar) kerana ia bergaul dengan para aktivis dakwah yang lain hanya sebagai pendengar setia sahaja.

Namun setelah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak lelaki, semua anaknya berjaya dalam pelajaran dan menjadi aktivis dakwah yang aktif. Mungkin ini merupakan balasan yang agung sehingga Allah swt membuka pintu hatinya.

Kita mesti sentiasa merenungkan ungkapan Rasulullah saw ketika dilemparkan batu oleh penduduk Tha'if, hingga kedua tumit beliau berdarah. Beliau tetap tabah dan terus berdoa.

Lalu datanglah Jibril kepada Rasulullah saw seraya mengucapkan salam dan berkata :

"Wahai Muhammad, Allah mengucap salam dan berpesan untukmu. Seandainya engkau mahu, aku akan timpakan dua gunung di Makkah ini kepada mereka!"

Rasulullah saw menjawab, "Tidak! Semoga Allah mengeluarkan dari keturunan mereka orang-orang yang menyembah Allah!"

Hadits ini mengandungi pengertian yang mendalam, kerana Rasulullah saw menganjurkan kita tentang satu pelajaran yang amat agung, iaitu bahawa sikap optimis seseorang pendakwah lebih luas daripada batas-batas keduniaan ini.

Allah swt berfirman :

"Semoga Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS Al-Mumtahanah : 7)
------------
Apabila tujuannya tidak tercapai dan tidak mampu menembusi hati manusia melalui cara ini kerana setiap orang mempunyai keadaan berbeza yang tidak diketahui kecuali oleh Allah swt, maka ia mesti ingat firman Allah swt :

"Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki- Nya." (QS Al-Baqarah : 272)
------------
Begitu lama pendakwah itu merenungkan perkataan "man ahbabta" (orang yang kamu cintai), sehingga akhirnya menyedarkan dirinya bahawa :

1. Cinta yang mendalam bukan penyebab datangnya hidayah.
Tetapi

2. Allahlah yang memberi hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya.
Seorang pendakwah yang mengalami kegagalan dalam mencapai tujuan seperti yang disebut di atas tidak akan kembali lagi kepada orang yang sama.

Sebaliknya, ia akan mempelajarinya untuk beberapa waktu dan dia akan menilai kembali perkara tersebut bersama rakan-rakan pendakwah yang lain, setelah membekalkan diri dengan berbagai pengetahuan tentang :

a. Karakter.
b. Situasi.
c. Lingkungan.

Boleh jadi, sebahagian waktu lebih menguntungkan dari sebahagian waktu yang lain; atau sebahagian keadaan lebih menguntungkan daripada sebahagian keadaan yang lain.

Ramai orang yang memiliki keadaan peribadi tertentu yang membuatnya tidak mudah terbuka, tetapi setelah beberapa waktu berlalu, keadaannya berubah dan Allah memudahkan urusan serta membukakan hatinya.

Maka, kita sebagai seorang pendakwah tidak boleh bersikap tergesa-gesa ketika hendak memutuskan hubungan dengan seseorang, apalagi terhadap seorang objek dakwah.

Kita wajib memahaminya sehingga tidak terjebak dalam sikap putus asa dan mudah memutuskan hubungan.

Satu perkara lagi yang perlu diperingatkan kepada para pendakwah adalah :

"Penampilan seorang pendakwah mesti berseri-seri dan ceria dalam segala situasi dan keadaan".
Maka seorang pendakwah tidak boleh bermuka masam dan menarik muka sewaktu menghadapi seseorang, tetapi perlu berwajah ceria ketika menghadapi orang lain. Bahkan ia seharusnya sentiasa berlapang dada dan ceria sebagaimana sebuah pepatah :

"Carilah kebaikan di saat wajah sedang ceria".
Sesungguhnya dalam hati setiap orang tersimpan potensi besar bagi dakwah, kerana hati seseorang secara fitrah senang kepada semua yang menyambut dan melayaninya dengan baik.

Allah swt berfirman :

"Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?" (QS 'Abasa : 1-4)

moge bermanfaat.....islam itu cara hidup..
maka ACTION!..bergerakla..nasihatilah..tegurilah..
kerana Allah aku disini!   

Saturday, October 16, 2010

harus kuat


Sejenak saja, lepaskan semua beban yang menggantung di dalam hati dan pemikiran. 
Menenangkan diri dari ragam persoalan yang tak pernah selesai kita hadapi dalam hidup ini. Hilangkan sedikit demi sedikit kekecewaan dari kenyataan hidup yang mungkin tak sesuai dengan harapan. Tenteramkan hati kita di sini. 

Hanyutkan perasaan dan pemikiran kita dengan berbicara kepada hati. 
Agar ia tetap berada dalam jalan yang membawa kepada keselamatan. 
Supaya hati tidak menyeberang terlalu jauh dari arah yang sebenarnya sudah jelas-jelas menjamin kebahagian. Saling berbicaralah engkau dengan hati, kerana hati iu cepat lali.jauhi hatimu ini dari sentuhan dengan keburukan dengan keburukan, kerana ia begitu cepat melesat pada keburukan- Hasan Al-Basri

Kita adalah pemain dalam hidup ini. 
Kita yang menentukan arahnya. 
Maka, kehancuran bermula kerana kita yang menginginkan kehancuran. Kelemahan, ketidakberdayaan, berawal kerana kita yang menghendaki menjadi lemah dan tidak berdaya. 
Hidup perlu energy kesabaran.
Kesabaran perlu kekuatan perlawanan. Kesabaran tidak pernah pasif, diam, jumud. 
Kesabaran ertinya aktif, dinamis dan selalu optimis. Kesabaran tidak pernah ada dengan mimpi, angan-angan , harapan. 
Kesabaran perlu kekuatan melawan. Melawan segala desakan diri yang ingin melalaikan. Melawan semua serangan yang membuat lemah. Melawan semua pukulan yang ingin menjatuhkan. 

“sesungguhnya besarnya pahala itu seiring dengan besarnya musibah. Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum maka Allah swt akan menguji mereka. Barang siapa yang ridha, maka Allah akan ridha kepadanya. Barang siapa yang murka maka Allah akan murka kepadanya. At-Tarmidzi

Duhai hati, 
sapulah air matamu, sematkan di jiwamu dgn TAQWA,IMAN dan paling penting YAKIN kepadaNya... harus kuat!!!~ ^_^
Harus kuat  ya!~~~ ^o^

Monday, October 4, 2010

Pertemuan Bukan Milik Kita

izinkan saya nak utk menyanyi kecil-kecilan menghiburkan sanubari tatkala rindu pada ukhti-ukhti yang tersayang..... bile berjauhan..hati ini sering memujuk diri...air mata sering bereaksi.. tapi kerana DIA..semua ini terjadi..ohw............saya rindu kamu..!
[cewaah..ayat kakak pada adik..xpun ayat adik pada kakak urm]... ohw ukhtiku...........~
nak dengar?...
 
Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah


Lagu: Suara Hati
Lirik: Pahrol Mohd Juoi

Friday, September 24, 2010

nikmat

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

Thursday, September 16, 2010

maghfirah-Mu

Hati ini gelisah entah mengapa..

Hati ini mungkin sudah hitam

Berkarat………..

Kubasuh tangan

Ku usap seraut wajah suram ini

dan kakiku

Telah lama kulupakan tenangnya

sejuk berwudhu……….


Kuangkat kedua tanganku

ALLAHU AKBAR……

Maafkan aku Tuhan…

Aku mohon maghfirah dariMu

Oh , Tuhan pemilik hatiku,


Kau sangat dekat pada hambaMu

yang malu bersimpuh memohon rahmatMu


Allah….engkau dekat disini

Engkaulah yang menggerakkan

Hatiku untuk menadah

Memohon maghfirahmu….

Di bulan yang penuh maghfirah ini


Ya Allah.. ya hayati.. ya habibi..

Buaikanlah hati ini terlena akan keagungan-Mu

Hingga lisan dan hati ini kelu untuk menyukuri atas segala rahmat-Mu..

Kerana kami sedar rasa syukurku kepada-Mu

Memerlukan rasa syukur lagi..


Anta Ilahi Wa Ridhoka Matlubi

Cukuplah Engkau Ya Allah yang Menjadi Tujuan dan Harapan kami.

Aku mohon maghfirahMu

-cpy by teratak al fathani

plez, looking foward
won't give up yet
o dear myself, clear ur line back
oh Allah,
bring me back
anyhin',anywhere,..turn into HIM

Wednesday, September 15, 2010

apekah sudah aku lakukan?

aku takut.jika pertama kali yang ditanyakan kepadaku kelak oleh Tuhanku adalah:
 "Apakah engkau amalkan apa yang sudah engkau ketahui?" -Abu Darda ra

sudah berapa banyak ceramah, tazkirah kita dengarkan?
berapa banyak buku sudah kita baca?
berapa kali sudah kita mengkhatamkan Al-Quran?

ia kemudian dilanjutkan lagi pertanyaan

apa saja yang sudah berguna untuk kehidupan kita?
berapa banyak perintah yang kita kerjakan?
berapa banyak larangan yang sudah kita tinggalkan?
berapa kali kita mengetahui hukum suatu malsah tapi kita tidak melakukannya?
kenapa ilmu-ilmu itu tidak membekas pada diri kita?
kenapa kita masih tetap meremehkan amal sunnah, tapi berlebihan dalam hal mubah?

Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? -61:2

Sungguh, Allah mengetahui apa yang gaib di langit dan dibumi.Dan Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan.-49:18

..Mereka memiliki hati, tapi tidak dipergunakannya utk memahami ayat-ayat Allah dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan  Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya utk mendengarkan ayat-ayat Allah. mereka seperti hewan ternakan , bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang-orang yang lengah- 7:179

Pada hari, ketika lidah, tangan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan- 24:24

Dan katakanlah," Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"-9:105

Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang teleh dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya. bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri dan meskipun dia mengemukakamn alasan-alasannya- 75:13-15

Keimanan dan keyakinan kita dengan syurga dan neraka yang lemah, kerana andai keimanan itu kuat, nescaya semangat beramal pun akan semakin kuat.Apakah ada hal lain yang mendorong para sahabat umpama Abu BAkar As-Siddiq utk menyerahkan seluruh jiwa raganya untuk islam?..

o dear myself and u,
please noted!..
say it best when u say nothin' at all
it good sometimes 4 u to switching-off ur em0ti0ns
but also crying is n0t 0nly 4 crybabies n weaklings
nanges bukn tanda u lemah.bUt shows dat u r str0ng en0ugh 2 sh0w ur em0tions
Oh Allah Almighty..
inshaAllah~..

ayuh!!!

Qudwah Seorang Kader Dakwah

Dedicated to kekanda burians ku sayang fillah ^^