Thursday, December 24, 2009

serius kah aku??

setiap saat yang berlalu mengajar mendidik mentarbiyah diri ini menjadi lebih matang dalam mengharungi titian kehidupan sebagai khalifah dibumi Allah ini atau lebih spesifik di tempat tinggal kita..

dan manusia itu fitrahnya sukakan sesuatu yang seronok..yang bahagia..dan segala keindahan itu fitrahnya ada pada setiap insan itu...

dan kadang kala manusia itu sukakan sesuatu itu secara berlebihan dan melampau-lampau... dan ada tikanya hilang roh atau manisnya sesuatu perkara yang diperbincangkan...
tika itu...sikap atau tingkah laku yang serius dan matang memainkan peranannya tanpa mengetepikan senyuman dan gurau senda...

pakcikku HAB nasihat...
"kite hendaklah serius dan matang tanpa mengetepikan senyuman dan gurau senda"..

usah disalah tafsir ..seseorang yang serius itu selalu dipandang serong pada segelintir masyarakat kini...
ada kala wajah yang serius ditafsirkan garang dan tidak mesra...
persepsi itu kita yang bentuk...bentuklah ia seiring dengan fitrah islam itu...iA..

cuba kita reflek dalam kehidupan harian kita sebagai manusia ..sebagai hamba kepada Allah...
apakah kita serius dan matang dalam menjalankan tugas-tugas harian kita??..

tugas sebagai pelajar?..
tugas sebagai anak?..
tugas sebagai pekerja?..
tugas sebagai orang yang menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar?..

serius kah kita?..matang kah kita??...
tanpa ketepikan senyuman dan gurau senda...

p/s: moga ianya bermanfaat utuk direnungkan bersama.

Monday, December 21, 2009

lilin~


sebagai hamba...banyaklah berdoa...
berdoa...dan terus berdoa...
tanpa mengetepikan usaha dan tawakal...

teman,
kiranya aku lupe ..
ingatlah aku!

 www.kiwee.com

Thursday, December 17, 2009

transaksi hidup~


bismillah...

episod kehidupan lepas hampir diambang sebuah pengakhiran....

dan akan bermula sebuah pemulaan episod kehidupan seterusnya....

apakah saat ditoleh ke belakang...aku meninggalkan byk amanah yang tertunda...

apakah byknya hutang-hutang amalan masih berbaki...

dan apakah perlu dianjak kehadapan....

dan apa mungkin segalas amanah itu dianjak atau ditunda tindakannya...

ianya menjadi persoalan bagi insan yang telah melafazkan janji antara aku dan Dia~...


hujan renyai petang2 ini...alhamdulillah...seakan menjadi pembuka tirai sebuah penghijrahan bagi insan yang mahu berubah...bagi insan yang sensitif..bagi insan yang peka...dan yang pasti bagi insan yang TERPILIH oleh Dia...

subhanallah...

jika kita rasa diri ini tidak mampu untuk berubah...

kenyataanmu salah...kerana Allah telah katakan bahawa

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri."” (Ar- Ra’d: 11)

dan jika kita rasa gusar akan perubahan ini...sedarlah bahawa

Sabda Rasulullah saw: "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)....


ayuh..berhijrah dari ..
satu sikap kurang enak kepada sikap yang Dia cintai...
satu matlamat yang kurang jelas kepada matlamat yang lebih jelas...
satu gaya hidup yang ala-ala barat kepada gaya hidup seluruhnya islam-based...

nak berhijrah..sikit-sikit ye...tapi kene istiqamah...berterusan...
ianya satu cabaran...jom cabar diri ini...


p/s; peringatan ini jua buat penulis ini sendiri!

Wednesday, December 9, 2009

manisnyer!!!!!!!!!

manisnya ukhwah~...
manisnya jika disaluti dengan kasih sayang~...
manis bertambah-tambah dijika diadun dengan kerana Fillah~...
inshaAllah...

luv u fillah my dearest friends~...
anas~finas~tun~ayu~dayah~....
moga terdapat keberkatan disitu~...
ameen..

sejarah??..penting ke???

Bismillah...segala pujian hanya untuk-Nya yang masih memberi peluang kepada kita untuk menikmati hidup hingga ke hari ini~....alhamdulillah..buat adik..kakak...dan kawan-kawanku yang bersama ku atau mungkin jauh dimata ini...sebelum ini entry ku mengenai ape tujuan kite nih ek duk kat dunia nih???...sebelum detail..diri ini melangkah jauh tentang tujuan hidup ini... ingin ku kongsi sesuatu yang mungkin u all pernah alami atau pernah dengar sejak skol men dolu2...


dulu2...time skol men..kite diajar subjek sejarah..
ingat x lagi???...
minat x belajar sejarah???..
nape ek x minat???..
asal masuk kelas sejarah..ngantuklah..sume fakta..camner x ngantuk kan??..
rasanya ada antara kite yang suke gak sejarah nih ek...


kalu sejarah mase kat skol dulu2..kite belajar camner malaysia dijajah...
camner parameswara berjaya mengusai melaka...
camner saudagar-saudagar menjalankan perniagaan mereka...
camner berlaku bunuh membunuh dikalangan mereka...
dan segala2lah..tentang sejarah malaysia kan??..kan??..kan??...
sejarah islam pun kite baljar kan??..


nape ek kene belajar sejarah??..
penting sangat ke belajar sejarah ini??...
kalu mungkin negara nak menyedarkan rakyat malaysia supaya bangga dengan malaysia..
mungkin supaya rakyat malaysia tahu bahwa nak merdeka ini susah..
mungkin supaya tidak mahu sejarah itu kembali berulang...
mungkin juga supaya orang-orang yang memerdekakan malaysia ini diingati..


tapi pernahkah kita kaji sejarah islam??..
kita orang islam kan??..
xrasa penting ke kite kene tahu sejarah islam???..


hurm...tapi kenapa pulak kene tahu sejarah islam ye???...
................[ku tinggalkan ini satu persoalan buat adik2 ku...kakak-kakakku...dan kawan-kawan2 ku untuk berfikir sejenak...]....


Kata imam abu al-qasim al-junaid~
"sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang menguatkan hati..."


(surah Hud 11:120)
"Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) , untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu Dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman"


jOm...melihat sejarah dengan mata hati...


-> next entry : Manusia seperti logam~~~~...apekah itu logam??..kenapa pulak manusia??.. dan ape pulak kaitannya dengan sejarah??.~..byknyer persoalan~...ikuti entry-entry seterusnya...adik2..dan kawan2..akan temui jawapan~..inshaAllah..


p/s: moga hari-hari yang mendatang mematangkan diri dalam mengharungi hidup.. hidup yang sebentar ini..marilah sama-sama manfaat kan kerana Dia telah meminjamkan segala-segalanya untuk kita..sebelum Dia mengambil kembali..kita ini juga MILIK DIA...yOk hargai diri ini..ingatlah..Allah sayang kepada kamu..kerana itu ujian itu hadir untukmu~...
sis~..zikrullah dan membaca quran mengurangkan tekanan masalah inshaAllah...hatimu akan tenang ..yakinlah ~...luv u fillah~


ayuh!!!

Qudwah Seorang Kader Dakwah

Dedicated to kekanda burians ku sayang fillah ^^