Saturday, October 16, 2010

harus kuat


Sejenak saja, lepaskan semua beban yang menggantung di dalam hati dan pemikiran. 
Menenangkan diri dari ragam persoalan yang tak pernah selesai kita hadapi dalam hidup ini. Hilangkan sedikit demi sedikit kekecewaan dari kenyataan hidup yang mungkin tak sesuai dengan harapan. Tenteramkan hati kita di sini. 

Hanyutkan perasaan dan pemikiran kita dengan berbicara kepada hati. 
Agar ia tetap berada dalam jalan yang membawa kepada keselamatan. 
Supaya hati tidak menyeberang terlalu jauh dari arah yang sebenarnya sudah jelas-jelas menjamin kebahagian. Saling berbicaralah engkau dengan hati, kerana hati iu cepat lali.jauhi hatimu ini dari sentuhan dengan keburukan dengan keburukan, kerana ia begitu cepat melesat pada keburukan- Hasan Al-Basri

Kita adalah pemain dalam hidup ini. 
Kita yang menentukan arahnya. 
Maka, kehancuran bermula kerana kita yang menginginkan kehancuran. Kelemahan, ketidakberdayaan, berawal kerana kita yang menghendaki menjadi lemah dan tidak berdaya. 
Hidup perlu energy kesabaran.
Kesabaran perlu kekuatan perlawanan. Kesabaran tidak pernah pasif, diam, jumud. 
Kesabaran ertinya aktif, dinamis dan selalu optimis. Kesabaran tidak pernah ada dengan mimpi, angan-angan , harapan. 
Kesabaran perlu kekuatan melawan. Melawan segala desakan diri yang ingin melalaikan. Melawan semua serangan yang membuat lemah. Melawan semua pukulan yang ingin menjatuhkan. 

“sesungguhnya besarnya pahala itu seiring dengan besarnya musibah. Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum maka Allah swt akan menguji mereka. Barang siapa yang ridha, maka Allah akan ridha kepadanya. Barang siapa yang murka maka Allah akan murka kepadanya. At-Tarmidzi

Duhai hati, 
sapulah air matamu, sematkan di jiwamu dgn TAQWA,IMAN dan paling penting YAKIN kepadaNya... harus kuat!!!~ ^_^
Harus kuat  ya!~~~ ^o^

Monday, October 4, 2010

Pertemuan Bukan Milik Kita

izinkan saya nak utk menyanyi kecil-kecilan menghiburkan sanubari tatkala rindu pada ukhti-ukhti yang tersayang..... bile berjauhan..hati ini sering memujuk diri...air mata sering bereaksi.. tapi kerana DIA..semua ini terjadi..ohw............saya rindu kamu..!
[cewaah..ayat kakak pada adik..xpun ayat adik pada kakak urm]... ohw ukhtiku...........~
nak dengar?...
 
Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah


Lagu: Suara Hati
Lirik: Pahrol Mohd Juoi

ayuh!!!

Qudwah Seorang Kader Dakwah

Dedicated to kekanda burians ku sayang fillah ^^