Sunday, November 22, 2009

nape ye KITA nih kat SINI??

Bermulanya saat kita mengatakan kita beriman pada Allah, dan saat itulah dirimu harus bekerja untuk islam...
tahap keimanan itu bergantung tahap kita laksanakan kerja-kerja kita...

hurm...ape kerja2 kita ye??...

salam penuh mawaddah buat semua...
syukur x kita dilahirkan dalam islam???...[ ape perasaan kalu kita byangkan diri kita sekarng macam kawan kite Lee Ping?..Thalves??]..
syukur x kita dilahirkan dalam keluarga islam???
syukur x kita bile kite terpilih dalam berjuta2 sperma yang berenang untuk bersenyawa dengan ovum ibuu kita...KITA yang TERPILIH....
subhanallah....

sayangnya Allah pada kita kerana DIA pilih KITA untuk berada dalam islam....
sayang sangat...
ada mak, ada ayah, ada abang, ada adik...
ada rumah..ada kereta...ada pakaian ikut warna kesukaan kita...
pendidikan diberi...duit dibagi..ditaja...macam2 Allah kasi kat kita...
nikmat yg kite xterhingga...
langit..bumi...tumbuh-tumbuhan..hujan..malm..siang...
SUMENYA untuk KITA (buleh rujuk surah 79:33- cari tau..!)
..
sayang x ALLAH pada KITA???...

Allah sayang pada KITA...

tapi KITA sayang x ALLAH???..

dimana ALLAH dalam HATIMU???...

kalu KITA sayang ALLAH...ape KITA kene buat??..

HA!.. tahu x kenapa ALLAH ciptakan kita ye??...

untuk menjalani kehidupan bangun pagi ..kemaskan diri..then.. p sekolah ke kuliah ke kerja ke...
pastuh makan cam biasa bile lapar [ kekadang terlebih makan]...then masuk malam tidur cam biasa...[ kadang2 terlebih tidur..ish..ish]...rutin harian seorang manusia biasa...?

siapakah manusia biasa itu??...umpama robot??...bile cabut plag...mati!..kite bile dah tiba masa mati camtuh... nak ke mati camtuh je???....

jadi ape sebenarnya TUJUAN kita hidup nih ye??...
erm..
"kite nak jadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat"
"kita nak belajar rerajin dapat kerja leklok...hidup senang nnti boleh buat kebaikkan.."
..dan macam2 lagi ..

benar..betul...setuju... tapi bukankah ALLAH sudah katakan dalam AQ tujuan hidup kita secara jelas lagi bersuluh...[kerana kita kata AQ itu pedoman hidup kita..jadi rujuklah AQ]..

cuba buka ye..=P..[ jika kite imani apa yang kita yakini..maka usahalah kearah itu...cari quran tafsir ye..]

AQ51:56
AQ2:30

inshaAllah..

wallahu'alam...

p/s:jika nak tambah..or nak edit..or nak tegur..or nak kritik..or nak share..meh la.. kalu rasa smthin wrong.. meh..just jot down..

merasai, faham dan amalkan...

salam ukhwah... kabare sume??..(macam ramai je y singgah blog nih...(T_T)...
dah baca quran hari ini??.
mudah-mudahan kita membacanya..at least sebaris ayat..(muhasabah bersama-)

meh setkan MINDSET dulu sebelum menghafaz...
dalam membaca quranulqarim nih...ade 3 steps...
ape dia??...

i) merasai ayat AQ- cam ne??...kite membaca seolah-olah kite berada didalamnya (cthlah, kalu dalam quran cite ttg neraka,harusnya reaksi kite cemas..takut...-jadi kite merasai dengan jiwa dan perasaan...cth lain kalu citer nurkasih tuh..kite cam menjiwai watak si hero dan si heroin..sampai marah2 kt adam time mase dia jahat dulu...ha! camtuhlah..bile baca AQ- dirimu menjiwai dan merasai ayat2 tersebut, seolah-olah Allah  sedang berkomunikasi dengan kita)
ii) faham apa yang ceritakan...
iii) bile dah faham, rasa nak amalkan itu mudah...sampaikan kat orang lain jua ( contohlah: kite menjiwai bahwa neraka itu tempat orang2 yang xmenutup aurat, then, kite faham, xtutup aurat kene masuk neraka dan perasaan takut itu seolah-olah telah meresap masuk dan memangkin diri untuk menutup aurat dengan sempurna dan seterusnya menyampaikan kat orang lain bahwa tutuplah aurat sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kapan...camtuh analogi sebenar dalam kehidupan kita..)

bile kita dah merasai, faham dan amalkan...mudahlah untuk menghafaz....
p/s: peringatan bersama untuk di take note agar2 sama2 dapat merasai bahasa2 komunikasi Allah pada kita...yang menjurus kefahaman dan seterusnya memangkin tindakan kite untuk bertindak...

wallahu'alam...


sahabat!

salam juang sahabat....
entry kali ini sepatutnya telah lama diupload....
ianya tersimpan rapi di dalam syadid~...
madah kata2 yg kuambil copynya dari beliau~..atie

aku merindui teman untuk berjuang,

aku rindukan sahabat utk berjihad,

kawan senda dan tawa,

sadiq utk sama2 beribadat,

rakan utk sama-sama muhasabah,

yg sama-sama menuntut ilmu Allah,

sama-sama bekerja demi Islam,

sama-sama berkorban demiNya,

dan sama-sama saling berpesan dgn kebenaran dan kesabaran.


Allah, kurniakan diri sahabat.
Hati sayu ke sana ke mari tanpa sahabat di sisi.


Siapa sebenarnya sahabat?

Seorang yang layak dijadikan cermin kepada diri.
Seorang yang tidak mentertawakan tindakan sahabat sesuka hati.
Seorang yang sentiasa memberi sokongan.
Seorang yang tidak akan pernah meninggalkan sahabat walau diri dihimpit dengan tanggungjawab.
Sahabat sentiasa menegur kesilapan dan sentiasa memberi kritikan yang membina.
Seorang sahabat juga sentiasa meminta dirinya untk ditegur.
Sahabat sentiasa mencuba untuk mengenali diri sahabatnya luar dan dalam, tanpa rasa ego atau rendah diri.
Seorang sahabat sentiasa sanggup berkongsi apa sahaja selagi mampu untuk manfaat sahabat.
Seorang sahabat sentiasa mencuba menghiburkan sahabatnya tanpa gurauan ang menyakitkan, gurauan yang tidak menghentam pendirian sahabatnya
Seorang sahabat sentiasa mengajak ke arah tazkiyatunnafs (pembersihan diri)

*Sahabat, yang tidak malu atau gusar untuk berdepan dengan sahabatnya tika menegur,
Asbab insan ini sungguh tak suka terima teguran dari seseorang yang diri tidak tahu siapa.
Sahabat yang sentiasa mengambil berat setiap masa,
bukan hanya hadir tika insan ini berbuat kesilapan, 'sahabat' itu hanya hadir untuk menegur kesilapan.
Tidak kuingin sahabat yang hanya bersuara tika menyatakan kesilapan, tapi tidak bersuara untuk menyokong kelebihan.



Diri dambakan sahabat.
wahai diri, jadilah sahabat.






Wednesday, November 18, 2009

zikir di hati seperti ikan di air?

Ibnu Tammiyyah said
"zikir di hati seperti ikan di air. Bisakah ikan hidup tanpa air"

analogi- jika tiada air. sure ikan akan mati. same goes to hati manusia. tanpa zikir yang diungkapkan. hati akan mati. terdapat 3 jenis zikir yakni zikir yang diungkap melalui lisan dan menghadirkan hati sekali adalah paling baik, kedua zikir yang hanya di hati sahaja dan ketiga zikir di lisan sahaja.

makanya, kita mahu yang mane?..adakah harian kita berlalu tanpa zikrullah... menunggu bus boleh berzikir, memandu kereta boleh zikir, menunggu turn mandi mungkin boleh berzikir, sambil memasak di dapur boleh berzikir. 

either u want or not. it's up to u.

kadang-kadang manusia ini rasa bosan kerana asyik melakukan ketaatan.
seharusnya ketaatan yang banyak, kite semakin bertambah nikmat dan manisnya.

astaghfirullah...
astaghfirullah...
astaghfirullah...

astaghfirullah rabbal baro'ya..
astaghfirullah minnal kho'toya..

Allahumma fi kulli hall...
barakallahufikr..
inshaAllah..

Friday, November 13, 2009

bulu kucing??


oh........jumaat yang tenang...hujan yang turun renyai...mendamaikan jiwa-jiwa yang halus...
dalam dakapan kasih sayang-Mu ya Rabb...


indahnya...perasaan ini ya Allah...sedikit peringatan ringkas oleh kekanda ku sayang~...


hurm...tentang persoalan yng timbul dari sebuah majalah solusi 13....


as usual..hee..search...summarize..and share with u...

“Memang ada ulama (mazhab Shafi'ii dan Hanbali) yang berkata bulu kucing itu najis kerana berpegang pada pendapat bahawa apa yang terpisah dari binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih atau binatang yang tidak boleh dimakan adalah najis.


Tapi sesetengah pendapat dan pendirian lebih menjurus pada (Hanafi dan Maliki) kerana

1. ada hadits nabi s.a.w yang menceritakan mengenai seorang sahabat yang bertanya mengenai hukum kucing. Nabi lalu jelaskan bahawa ia tidak najis kerana ia adalah binatang yang sering berkeliaran di rumah dan sekitaran kita. Kalau ia najis, akan pasti menyusahkan. Sedangkan Islam adalah agama yang memudahkan.

Lihat hadits -- diriwayatkan dari Abu Qatadah, di mana Rasulullah saw bersabda,



"Kucing itu tidak najis, ia termasuk haiwan yang berkeliling dalam lingkunganmu.”
(HR yang berlima. Kata Imam Tirmiddzi:’hadith ini hasan lagi sahih. Juga dinyatakan sahih oleh Imam Bukhari)


hurm...jadinya...BULAT buleh men masuk bilik tidur kah???...hurm...rindu BELANG plak...

2. Sahabat nabi s.a. w bernama Abu Hurairah dinamakan sedemikian kerana ia memang suka dengan kucing dan dia ada kucing peliharaan yang dibawa ke mana-mana. Kalau bulu kucing yang tercabut  itu najis, dia pasti tidak melakukan sedemikian kerana hakikatnya amat sukar untuk menjaga diri dari bulu kucing yang tertanggal.


Rasa setuju...sbb nya baju penuh ngn bulu kucing-- xdpt nak buang..=|


... makanya...tiada masalah bukan???


hati ini lebih terjurus pada pendapat imam Hanafi n Maliki...


okey kah ??...ke xsetuju???

Wallahu A`alam---- salam juang...


Wednesday, November 11, 2009

yOk!!..."Jual Beli dengan Allah"

Mornink!!!..=D..salam to all of u..how's the day?..everthin' in oke??..feel good??.. alhamdulillah..mudah-mudahan...usah berduka...orang mukmin sentiasa hatinya dalam tenang meskipun dilanda musibah...inshaAllah..diri ini jua sedang berusaha ke arah itu...hopefully adik2..kakak2..makcik2..bondaku..jua sahabat2 ku tabah ye...

alhamdulillah...jzkk to along..not just sharing..but more to remind us...simple..short..
search..summarize...analyze,,,share.

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي
سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآَنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Artinya:
Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa dan harta mereka dengan (imbalan) bahwasannya bagi mereka surga. Mereka berperang di jalan Allah lantas membunuh atau terbunuh. Ini sebagai janji yang benar dalam Taurat, Injil dan Al-Qur’an. Dan, siapa yang lebih menunaikan janjinya dari pada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kalian lakukan itu. Dan itulah keuntungan yang besar.


Hurm...kata-kata Allah adalah tawaran yang cukup hebat!!..sedarkah kita hakikat ini??... Allah membeli jiwa-jiwa dan harta-harta milik orang2 beriman dengan bayaran sebuah syurga yang tidak ternilai...sehinggakan sabda Rasulullah saw dlm mengambarkan syurga itu

ا عين رأت ولا أذن سمعت ولا خطر في قلب بشر
“tidak pernah dilihat mata, didengar telinga dan tidak terlintas pada hati seseorang pun”-...

masyaAllah..specialnya individu bertuah yang berjaya dibeli Allah swt...

xmahukah kita??...hurm...

mahalkah jiwa2 dan harta2 kita ini??..hurm...

imbalannya atau bayarannya dengan syurga?...hurm..

yup!..inilah janji Allah bagi orang2 yang beriman...

were we orang2 beriman??..

once shahadah diungkapkan..pastinya..jual beli telah terakad disitu (kontrak jual beli dengan Allah)

namun dikemudian hari ia mengatur jiwa ataupun hartanya atau dua-duanya (kehidupannya) dengan undang-undang yang ia buat sendiri tanpa izin dari Allah, maka perbuatan ini tidak lain adalah sebuah pengkhianatan dan pelanggaran yang ia lakukan terhadap kontrak tersebut.


أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ . . .(الشورى 21)
Artinya;
Apakah bagi mereka ada tuhan-tuhan yang menyekutui Allah, yang membuat untuk mereka undang-undang yang tidak Allah izinkan dari dien ini?… (Asy-Syura: 21)

then...pastinya ada cabarannya/ujiannya/halangannya...

is not that easy to get syurga Allah..

pain..tough...hard...=|

u just only need to sacrifice..be patient...and chaiyOk!!!

and bergumbiralah wahai golongan-golongan yang beruntung..

oraits~...

Tuesday, November 10, 2009

manfaatkah kita kepada orang lain??

Bismillah.... The most gracious..the most merciful...

Alhamdulillah..jzkk to achik for sharing the hadith from Rasulullah saw..

I got the point there..search..read and summary...then paste to this blog...

wanna to share with you...as my dearest adik.kawan.sahabat.kakak.mak.makcik..

Rasulullah SAW bersabda: خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia.

Yup...orang yang paling dicintai Allah swt adalah yang paling membawa manfaat kepada orang lain mahupun disekelilingnya...dan dalam memberi manfaat pada yang lain...pastinya dengan ilmu... “Jika hendakkan dunia..hendaklah berilmu..jika hendakkan akhirat..hendaklah berilmu..jika hendakkan kedua-duanya...hendaklah berilmu... either ilmu dunia or ilmu akhirat...pastinya ianya membaca faedah dan manfaat kepada yang lain...mudah-mudahan...

Sebagai contoh dalam kehidupan kita kini...

seorang engineer...

seorang pensyarah bidang masing (eg..Dr Biotech, Dr Nutrition, Dr. BioMedic, Dr. Hrd, Dr.Multimedia)

seorang Demo

seorang pembantu penyelidik

seorang pembantu pengajar

---> kesemuanya bermanfaat kepada orang lain...

don't they???...

hurm...but then...the most precious ...the most beneficial thing is to let others understand the beautiful dan the unique of islam itself clearly...( betul kah ayat ku ini???..)

lebih kurang macam nihla...semua ilmu itu bermanfaat kiranya membawa kebaikan pada diri dan orang lain tapi perkara yang palin besar manfaatnya alalah memberi kefahaman yang sebenar-benarnya kepada orang lain through life style, qudwah...and many2 more...

sekecil2 perkara2 itu adalah dalam islam itu sendiri...jika kamu berfikir...

ok la...sampai sini dulu...

oh ye..if kita xmahu jadi manusia yang bermanfaat..jangan jadi manusia yang menyusahkan orang lain..kerana demikian ianya menjadi seburuk-buruk manusia...

bisakah kital nak jadi seburuk-buruk manusia???...suka kah diri dipanggil buruk??..hurm...

Oleh itu sama-samalah kita tegur-menegur antara satu sama lain sebagai cara kita memberi manfaat kepada mereka....

yok!..berusaha baiki diri..betul kan niat setiap pekerjaan kita...

moga hari-hari mu di berakahi Ilahi..ameen..

Wednesday, November 4, 2009

moga tenang jiwa yang sibuk

kepada diri ku jua dirimu... kukongsikan sesuatu yang very significant to our life..

so..take note..life too short..make it as maxsimum as possible..to gain redha Ilahi..

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan.

Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang
tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab “ya!”.

Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan
menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.

Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…”

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.

Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.

“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda.

Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.

Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”

“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.”

“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum.

“Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, maka ingatlah kisah ini..

Sekian, moga tenang sedikit jiwa yang sibuk. Ceria selalu :)...- dari blog pakarhowto.com

ye!!! aku setuju!!! amat!!! sgt!!! dan benarlah..ianya memotivasikan diri ini... jika kau bekerja...meskipun kau seorang pelajar..meskipun kau seorang ibu...meskipun kau seorang anak...meskipun kau seorang kawan harus kau ingat kau adalah tetap HAMBA-NYA... tunduk kanlah hatimu...lembut lunak kan hatimu.. dengan kata-kata Allah (AQ)... laksanakan ape yang disuruh... wahai jiwa2 yang halus.. sabar wahai diri...sedang berusaha.. ya Allah...

---p/s: akan ku ingat kisah ini sahabat---
---p/s: achu..diriku jua copy paste..=p---

ayuh!!!

Qudwah Seorang Kader Dakwah

Dedicated to kekanda burians ku sayang fillah ^^