Wednesday, March 30, 2011

hadiah & solat


"Saling memberi hadiahlah, niscaya kamu akan saling mencintai" (HR Bukhari)
 
to my beloved sisters & friends & loved one...

jazakillah hukhairan katsirah.. <3 <3 <3

--------------------

satu ketika dahulu, aku seorang kanak2 kecik, yang tidak mengerti ape2..rasa sangat seronok..tiada komitment..tiada amanah, tak perlu pikir nk wat keputusan..itu ini..sana sini...saat itu kegembiraan menjadi kanak2 suatu yang sangat indah..tiada rasa benci..hanya suka cinta yang indah2 belaka tentang hidup ini..........ewahhh.. hahahah... kini.... dan diwaktu itulah tarbiyyah bermula..on no!.. sejak dlm perut mak ag.. tarbiyyah mula secara praktikalnya aku sebagai kanak2....................
di didik untuk solat...kalu suh solat xkan nk buat py.. tapi kalu sama2 solat...kadang2 follow gak..kadang2 x amik wudhu dulu..kadang2 xpakai kain solat....paksaan pada permulaannya mmg perit...tapi lama kelamaan......aku mula mengerti.....
gambar hiasan : di rumah lama.........ya Allah..rindunya :(

dan kini aku bukan kanak2 lagi!

Monday, March 14, 2011

da POwEr of IMAN

Alhamdulillah..........

as time goes by..sikit sikit belajar tentang kehidupan...
perlahan lahan fahami orang sekeliling..
perlahan lahan membentuk diri..

manusia itu sering berubah..
setiap saat ia berubah..
jika saat itu ia begini..
saat kemudian ia begitu..

nape ye Allah jadikan kite sentiasa berubah2??
agar tidak bosan dengan hidup?
agar kite boleh belajar sentiasa?

rasa selesa..rasa rimas..rasa bosan..rasa xbest..
dan segala rasa yg negative itu baik kerna kau diuji!
meskipun postitive kau tetap diuji!
Allah nak bagi kite SYURGA..diujinya KITA!

IMAN itu lah perlu dikuatkan..
kufikirkan mereka yang hebat2 ini tidak ada masalah IMAN..
tapi sebenarnya mereka juga d uji IMAN itu..
ape lagi aku yang penuh kekurangan ini..

MASJID..
rasa indah..hiba..sayu...tenang..nk nanges..nk mengadu..
nk buat baik..nak solat kusyuk..nak berakhlak baik..nk baca buku baik2..
sumenya dalam masjid...
tapi bile diluar sana...sukarnya nk mendirikan masjid dalam diri....
mendirikan masjid dalam ofes..kelas..kafeteria..shopping komplek..
wahal dimana pun Allah sentiasa melihat kita..
jika hari ini kite melihat..hanya dimasjid kisah aurat cukup dijaga..
tapi bile luar masjid...no more scaft..
cube mencari ruang itu..cube membina ruang itu..cube mencipta ruang itu..
kalah dengan diri sendiri yang penuh kekotoran dihati...

UKHUWAH..
ungkapan yang indah tapi takut dimaksudkan secara mendalam..
kerana sukarnya nk membibitkan ukhuwah dalam hati-hati..
hati2 ini lagi hebat bergeser bile lagi erat ukhuwah itu terikat..
lagi hebat terikat..itulah jua kte sedang bergerak..
mendahului/menyambut/melayani ukhti kite dengan pelbagai ragam...
yang mungkin dulu xpernah terfikir sejauh ini hubungan kite dengan ukhti kita...
kerana kite telah banyk meletakkan perasaan pada ukhti kite..
bile berlaku pergeseran..ianya sakit yang mungkin teramat..[ ABC, 2011]
ada beza ke bergeser dengan ukhti dan kawan?
ape mungkin kite nk menghadiahkan kereta myvi pada ukhti kite yang xberkereta?
ape mungkin kite nk menghadiahkan handphone yang kehilangan?
ape mungkin kite nk menyumbangkan duit untuk yang kekeringan?
sukarnya nk menjadi kalian wahai kaum MUHAJIRIN dan ANSAR...

ohw...semua itu dari IMAN kite..sejauh mana IMAN kite..sejauh itulah KUATnya kita..
tersentak pabila IMAN diuji dengan mujahadah diri!! akhlak diri! ukhuwah!dan segala bentuk tarbiyyah yang dilalui...
sungguh IMAN itu sangat POWER!..
aku tidak pandai menilai..tapi mungkin aku pandai menembak..kadang2 sasaranku tepat pada bulatan itu, kadang2 tersasar jauh dipersimpangan...

penat?..letih..?..nak nanges je?..
yep! sume itu refleksi IMAN ini..

wahai IMAN..
nape sukarnya kamu hendak tetap diatas??
sukarnya kamu hendak digapai?
sukarnye!

p/s: buat sahabatku...SABAR dalam MUJAHADAH IMAN ini! insyaAllah...

really hard rite?..(_ _!)

Wednesday, March 2, 2011

antara cinta dan cita-cita

mohonlah pertolongan dengan Allah dan bersabarlah..

bacalah tatapilah hayatilah ayat2 cinta dari Allah..

Allah membelai, memujuk hatimu dengan penawar-Nya...

lepaskanlah segalanya pada Dia..adukanlah segala kesesakan keletihan yang dialami..

Allah tidak pernah penat , tidak pernah letih mendengar keluhanmu...

Allah cukup menyayangi mu..

sayangilah Allah dengan menguruskan hidupmu seadanya..

sayangilah Allah dengan mengurus masamu dengan sebaiknya..

sayangilah Allah dengan menghidupkan bicara2mu dengan kerap...

hadirkanlah hatimu sentiasa bersama Dia..

bila kite tenat..letih..penat...Allah dicari...
bila kite senang selesa seronok... Allah lebih dicari...

hidup ini pendek...
masa itu singkat...
amalan itu bergantung lamanya diri ini disini...
amalan itu ada yang baik ada yang tidak baik...
yang tidak elok...adakah taubat sentiasa diutamakan..istigfar diucapkan?

ayuh..kuatkan semangatmu duhai hati..
ayuh..perbaharui niatmu...
antara cinta dan cita-cita...
tiada perantaraan antara aku dan diri-MU..

salam mujahadah..
salam kemaafan...
salam tarbiyyah...
salam penuh senyuman..
salam penuh tangisan...

moga Allah meredhai kite semua..

wallahu'alam~
--coretan secebis hati yang sedang belajar untuk lembut

Lari bukanlah jalan terbaik, ANDAI LEMAH, PERKUATKANLAH!!

"Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!"

Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada murabbinya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.

"Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu?"

Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.

"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja."

Ikhwah itu berkata.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.

"Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.

Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.

"Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.
"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"

Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.

"Akhi, apakah anta masih berasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?"

Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.

"Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?" Tanya sang murabbi lagi.

Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.

"Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."

Sang mad'u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.

"Akhi, jama'ah ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."

"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka." 

"Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungnya panjang lebar.

"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."

Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.

"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"

Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.

"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahut sang murabbi.

"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri."

Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.

Kemenangan atau Mati Syahid
Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.

*Moga dengan bingkisan ini dapat menyelamatkan kembali niat dihati pejuang2 sekalian yang ingin absent dalam perjuangan ini...

"'Apa Erti Perjuangan Tanpa Redha Allah.."

* petikan dari sebuah laman web..(tak ingat) moga memberikan banyak manfaat... semoga kita tidak futur dalam berjuang.. FB ku petikkan~

ANDAI LEMAH, PERKUATKANLAH!!

p/s : Duhai jiwa yang lembut..kuatkanlah hatiku! teguhkanlah ikatan! redhailah aku! ampunilah aku! sakitnya hadapi mehnah2 hidup ini! penat xlarat! tapi ketahuilah bahawa senang lenang itu lebih perit jika kau mengerti!

o Dear Allah...~T_T

ayuh!!!

Qudwah Seorang Kader Dakwah

Dedicated to kekanda burians ku sayang fillah ^^