Monday, March 14, 2011

da POwEr of IMAN

Alhamdulillah..........

as time goes by..sikit sikit belajar tentang kehidupan...
perlahan lahan fahami orang sekeliling..
perlahan lahan membentuk diri..

manusia itu sering berubah..
setiap saat ia berubah..
jika saat itu ia begini..
saat kemudian ia begitu..

nape ye Allah jadikan kite sentiasa berubah2??
agar tidak bosan dengan hidup?
agar kite boleh belajar sentiasa?

rasa selesa..rasa rimas..rasa bosan..rasa xbest..
dan segala rasa yg negative itu baik kerna kau diuji!
meskipun postitive kau tetap diuji!
Allah nak bagi kite SYURGA..diujinya KITA!

IMAN itu lah perlu dikuatkan..
kufikirkan mereka yang hebat2 ini tidak ada masalah IMAN..
tapi sebenarnya mereka juga d uji IMAN itu..
ape lagi aku yang penuh kekurangan ini..

MASJID..
rasa indah..hiba..sayu...tenang..nk nanges..nk mengadu..
nk buat baik..nak solat kusyuk..nak berakhlak baik..nk baca buku baik2..
sumenya dalam masjid...
tapi bile diluar sana...sukarnya nk mendirikan masjid dalam diri....
mendirikan masjid dalam ofes..kelas..kafeteria..shopping komplek..
wahal dimana pun Allah sentiasa melihat kita..
jika hari ini kite melihat..hanya dimasjid kisah aurat cukup dijaga..
tapi bile luar masjid...no more scaft..
cube mencari ruang itu..cube membina ruang itu..cube mencipta ruang itu..
kalah dengan diri sendiri yang penuh kekotoran dihati...

UKHUWAH..
ungkapan yang indah tapi takut dimaksudkan secara mendalam..
kerana sukarnya nk membibitkan ukhuwah dalam hati-hati..
hati2 ini lagi hebat bergeser bile lagi erat ukhuwah itu terikat..
lagi hebat terikat..itulah jua kte sedang bergerak..
mendahului/menyambut/melayani ukhti kite dengan pelbagai ragam...
yang mungkin dulu xpernah terfikir sejauh ini hubungan kite dengan ukhti kita...
kerana kite telah banyk meletakkan perasaan pada ukhti kite..
bile berlaku pergeseran..ianya sakit yang mungkin teramat..[ ABC, 2011]
ada beza ke bergeser dengan ukhti dan kawan?
ape mungkin kite nk menghadiahkan kereta myvi pada ukhti kite yang xberkereta?
ape mungkin kite nk menghadiahkan handphone yang kehilangan?
ape mungkin kite nk menyumbangkan duit untuk yang kekeringan?
sukarnya nk menjadi kalian wahai kaum MUHAJIRIN dan ANSAR...

ohw...semua itu dari IMAN kite..sejauh mana IMAN kite..sejauh itulah KUATnya kita..
tersentak pabila IMAN diuji dengan mujahadah diri!! akhlak diri! ukhuwah!dan segala bentuk tarbiyyah yang dilalui...
sungguh IMAN itu sangat POWER!..
aku tidak pandai menilai..tapi mungkin aku pandai menembak..kadang2 sasaranku tepat pada bulatan itu, kadang2 tersasar jauh dipersimpangan...

penat?..letih..?..nak nanges je?..
yep! sume itu refleksi IMAN ini..

wahai IMAN..
nape sukarnya kamu hendak tetap diatas??
sukarnya kamu hendak digapai?
sukarnye!

p/s: buat sahabatku...SABAR dalam MUJAHADAH IMAN ini! insyaAllah...

really hard rite?..(_ _!)

10 comments:

  1. muge diberi kekuatan jiwa dan fizikal dengan segala kekusutan dihati dan minda jua... ayuh!..sabarla kene marah, kene hentam sekalpun.. ianya tetap manusia..said it "maaf"..even hard to forgive...but try our best!.. coz life is too short...let do our best utk dipersembahkan pada Allah kelak........

    p.s: serangan diminda..mahupun jiwa sagt hebat melanda kini...murung bukan jalan penyelesaian.. tapi bertindaklah.. no more tears tuk ditumpahkan...:(

    ReplyDelete
  2. Saya sebagai pembaca selalu membaca blog2 yg membasahkan jiwa dengan penceritaan dari pengalaman blogger,untuk saudara/i ingt lg kisah ketika nabi dan abu bakr keluar dari mekah untuk berhijrah ke madinah?di saat nabi dihina abu bakr lah sahabat sejati menemani baginda,dan dikala abu bakr resah tentang keselamatan nabi..inilah jawapan nabi dalam surah at-taubah pada ayat ke-40 "..La tahzan innallaha ma'ana..", yg membawa maksud bersabarlah sesungguhnya Allah bersama kita,bersabarlah dan bersyukurlah saudara/i anda masih mempunyai iman..menangis mengadulah pada Allah, kerana DIA maha mendengar rintihan hamba-hambaNya...

    ReplyDelete
  3. jzkk atas kesudian jot down da input... boleh tau x siapa ya Pen Pilot?.. ada blog?...share?

    ReplyDelete
  4. Oh..pen pilot adalah pelayar dan pembaca semua blog2 yang bloggernya suka menulis tentang kehidupan dan memuhasabah diri, kerana dia memberi refleksi kepada diri pen pilot juga, pen pilot tak tahu tuan punya blog ini adalah akhi atau ukhti jadinya saya main komen aja,saya tidak reti menulis blog tiada bakat macam sahabat2 sekalin,jadinya saya suka membaca sahaja, maaf kalau komen-komen dan lawatan pen pilot tidak disenangi kerana menggunakan nama pen pilot (menggunakan nama Pen Pilot kerana ia adalah tinta digunakan untuk mencatat ilmu) okeylah saudara/saudari mintak maaf kerana menyinggah sesungghnya yang baik datang dari Allah dan segala kelemahan dari diri kita sendiri.teruskan menulis dan memperingati sesama muslim,kerana jika salah satu ayat yg ditulis itu terkesan dihati para pembaca dan membawa kepada perubahan ia adalah dakwah! ;-) Assalamualaikum..ma'aasalamah...

    ReplyDelete
  5. jzkk atas kesudian memberi pandangan.. cukup menghargai pandangan pen pilot.. sesungguh komen pen pilot sedikit banyak memberi tazkirah/ peringatan diri.. teringin juga membaca blog pen pilot kerana kata2 pen pilot menunjukkan matangnya dalam medan ini.. insyaAllah..sama2la kite saling berusaha menjadi demi islam sentiasa.. title pen pilot ini refleksi seseorang yang meminati pen pilot tatkala mencatat ilmu.. jzkk.. terusla mengingati bersama insyaAllah.. penulis berharap pen pilot sentiasa memberi peringatan/tarzkirah pada penulis.. wa'alaikumsalam ...

    ReplyDelete
  6. "Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya." al-Ankabut 29:69

    salam mujahadah ya ukhti :)

    ReplyDelete
  7. Terima Kasih kepada saudara/i pelangi kerana menghargai komen-komen yang tak seberapa dari pen pilot,boleh pen pilot kongsi sedikit pengalaman?Suatu ketika dahulu pen pilot pernah juga jatuh dan terkeluar dari "track", tapi alhamdulillah,Allah SWT itu yang memberi hidayah sehingga pen pilot seolah-olah nampak semua benda yg jahat dan baik didepan layar minda dan pandangan mata pen pilot dengan membaca tafsir al-quran yang suatu ketika dahulu semasa disekolah agama pen pilot tekun menghadapnya,pen pilot bukanlah orang yang baik seperti tuan empunya blog dan sahabat2, malah tak layak untuk dikatakan baik disisi Allah, tapi pen pilot cuba mencari diri pen pilot suatu ketika dahulu yang pernah menjadi baik dengan mencari refleksi dari pengalaman sahabat2 semua untuk diberi suntikan kepada diri ini.Pengalaman tidak luas tapi apabila kita tau perkara yg lepas itu salah dan dapat balasan dari Allah, kita tak akan buat lagi.Kata Ulama' untuk menasihati diri sendiri kita mulakan dengan menasihati orang lain,kerana 3 jari akan berbalik kepada kita.Kelihatannya penulis seolah2 sedang berjuang dalam satu pekerjaan yg kadang kala terjatuh dan tak sanggupn untuk mengharunginya? Jangan bersedih wahai pelangi, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya manusia itu memang diuji dari segenap sudut,ada masanya Allah memberi nikmat melalui musibah yg dahsyat dan ada pula kalanya diujinya kita dengan nikmat dan kesenangan,melalui perkara2 yg menyenangkan itulah akan mengajar kita akan nilai suatu nikmat dan terasa indahnya hidup ini jika dilihat dari dimensi akhirat.bertawakallah kepada-NYA, mintalah apa yang ada pada-NYA dan tunggulah kemenangan dari-Nya.Pepatah arab ada menyebut "man jadda wajada" ikhlaskanlah..bacalah "la hawla wala quwata illa billah".Maaf panjang pula pen pilot menulis..;-)

    ReplyDelete
  8. terus bermujahadah duhai pelangi .. berdoalah.. kepadaNya kita mohon kekuatan ...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...sesungguhnya Allah bersama hamba2nya yg sentiasa memperbaiki dirinya.. insyaAllah..sama2lah kite... Allah sediakan jalan yang cantik untuk hamba-Nya..Allah nk bagi syuga, so be prepared dengan setiap test2 yang hadir.. insyaAllah..'sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang bertaQwa".. usah rasa rendah diri kerana saya juga manusia seperti pen pilot....selamat beramal! :)

    ReplyDelete
  10. Selamat beramal saudara/i semoga segala tulisan dapat membasahkan jiwa para pembaca dan pelayar, kerana itu adalah dakwah.Ada masa senggang pen pilot akan singgah untuk membaca dan berfikir..

    ReplyDelete

ayuh!!!

Qudwah Seorang Kader Dakwah

Dedicated to kekanda burians ku sayang fillah ^^