Friday, June 25, 2010

syafakillah

sofwa ..saya ada sesuatu nak story kat awak.. tadi saya attend kelas tafsir..ustazah nih cerita tentang surah al-mulk... awak tahu x surah al-mulk nih banyak fadilatnya..hadithnya pun sahih dan juga ada yang hasan.. hadith yang saya ingat adalah tentang Imam Tabrani meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas  mendengar Rasulullah saw berkata.."benar-benar berharap agar surah ini ada di dalam hati setiap umatnya"..

oleh itu.....
awak...
kene hafal tau..
ustazah tuh cakap surah ini surah dalam juz 29..
diturunkan di makah..surah makkiyah..sebelum tahun pernghijarahan nabi saw..

awak..
surah ini tentang kerajaan..
kerajaan Allah ..yang menghubungkan alam..manusia dan makhluk lain...
Hebatkan Allah?..subhanallah..

awak...
tabaraka=tasbih
tabarakallah= Maha berkat...
keberkatan kerajaan  Allah yang meliputi alam semester..
Allah memuji dirinya dan kekuasaan itu hanya Allah lah berkuasa...

awak...
khalaqal maut...
awak tahu,...Allah menciptakan mati...
mati tuh pun makhluk Allah...
"kematian yang mendahului kehidupan dan kematian sesudah kehidupan"

awak...
ujian yang Allah kasi kat awak..
adalah nak uji  awak..
adalah nak sedarkan tujuan keberadaan awak kat dunia nih..
adalah nak muliakan awak kat bumi ini....

awak..
Muhammad Ajlan..Allah mengatakan bahawa Allah tidak melihat 'yang paling banyak amalannya' tetapi 'yang paling baik amalannya' 

sofwa..
syafakillah yep..

luv,
KK

Thursday, June 24, 2010

ambilah waktu~



"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

86400=1440=24=1=1/7


kau bangun dari lenamu..memanding langit..kipas masih berputar..terus lirikan matamu pada suis kipas..oh..sejuknya...selimut dicapai.. kau lihat sekelilingmu.. mata ini tertangkap bantal-bantal yang masih bergelimpangan tanpa susunan...tetiba kau rasakan ketidakhadiran semua itu..langit yang tersergam indah..sungai yang mengalir tenang....burung2 menyanyikan lagu2 riang..twinkle2 little star..sekeliling yang cukup kau familiar..makanan yang cukup kau kenali masakah itu..ahh

tetiba terasa sunyi dihati ini...memberi peluang kepada hati ini memainkan bicara..hati seakan mahu pecah tak tertahan..seakan mahu keluar dari dalam diri ini....aaaa rindunya tempat itu ..tetapi hanya sekarang kau mampu menunaikan rindu itu..hebat bukan?..

seolah-olah berada didunia lain..ke manakah mereka teman2 yang lain ye?..terimbas kembali detik2 bersama...gurau senda.. kenalan yang mengusik..kerja-kerja yang dilaksanakan bersama...

saat sedang cukup tawaduk dan kusyuk ...masa itu diberhenti dengan satu sergahan--seseorang yang mencebik bibirnya didepanmu sambil berkata "hoi apa kau berangan aaa?! kerja berlambak lagi, berangan jep! p mandi..kejap lagi syuro'!..udah-udah la tuh...

rancanglah kehidupanmu sebaiknya...its nOt timE!.. its urself!.. did u plan ur life?...
fitrah masa adalah berjalan dan terus berjalan..
"urm..xsempatlah nak siapkan report ni..gantikan malam nilah"...
hakikatnya kau tidak dapat menggantikannya kerana ape?..kerana malam itu sudah waktu yang lain dan tidak sama keadaannya masa yang kau sepatutnya allocated utk buat report..
ohw..
kerna itu HAB:: MASA ADALAH KEHIDUPAN..

By (the Token of) Time (through the ages),
Verily Man is in loss,
Except such as have Faith, and do righteous deeds,
and (join together) in the mutual teaching of Truth,
and of Patience and Constancy. -103 

‘’Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang." (HR Bukhari)

"Laksanakan segera amal shaleh karena tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatmu lupa, kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang mendadak, dajal sebagai makhluk terjahat yang senantiasa mengintip atau datangnya kiamat yang sangat pahit dan amat mengerikan." (HR Tirmidzi).

"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi).

the way we manage our life..NOT..the way we manage the time..
ketahuilah...masa semakin singkat..

Ertinya:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". 
H.R.Termizi



cepatnya DIA berjalan...belum sempat berbuat sesuatu...tiba-tiba sudah masa untuk tidur..hingga banyak perkara yang belum diselesaikan..kau seakan-akan sibuk..tetapi kau tak faham apa yang disibukkan.. Kau seakan-akan diburu masa bukan kau yang memburu masa ...dan ia berlalu seolah-olah tidak ada perkara yang diselesaikan..inilah yang dimaksudkan SINGKATNYA MASA..xsempatlah..aishh..

SINGKAT MASA= TIADA KEBERKATAN [imam al-Karmani]
---> menurutnya lagi iA tanDa kIamat  hampir sudah..

tapi..adakah kau tahu how to manage the life??..

JELAS matlamat hidup ini..

Monday, June 21, 2010

IKRAM wadah perjuangan~

IKRAM

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne
Lagu oleh: Saff One
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010


Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa
Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini
Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan
Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan


http://www.ikram.org.my/v1/

Tuesday, June 15, 2010

optimis^^

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Alhamdulillahirabbil 'alamin...Syukran..

Ya Allah,jangan Engkau biarkan kami dalam kelalaian..walau sekejap..Tetapkan hati Kami untuk meraih redhaMu..

"Aku tidak pandai seperti dia.."
"Aku tidak dikurniakan otak segeliga Bill Gates"
"Aku tidak punya apa2 jawatan..aku orang biasa jek.."
"semuanya sudah terlepas..tidak ada apa-apa untuk aku.."

Konklusinya,"Aku manusia malang.."

Negatif..!! Ini semua cakap mereka yang tidak mahu mengerti dan berfikir sejenak.. ritual manusia yang memorinya dipenuhi tompok-tompok negatif.. Fikiran yang ternyata dipenuhi rasa prasangka,cemas,takut dan gusar..24 jam,atau 1440 minit..dan kita langsung tidak tahu untung nasib badan sepanjang waktu tersebut..namun kita terus menghukum diri dengan kongkongan tersebut.. sedarlah,Allah yang mengatur segalanya.. Dan dia mengatur segala yang terbaik buat hambaNya..

Wujudkan pemikiran yang positif,satu sistem yang ekslusif,interaktif  yang tidak didominasi sifat angkuh dan bongkak..langsung tdak dipengaruhi obsesi hitam..Jika kita terus berterusan hidup dalam prasangka buruk,tidak percaya dan yakin dengan diri sendiri,kita sendiri tahu natijah yang bakal hadir..Andai segala perbualan seorang manusia negatif itu mampu dirakamkan,fakta akan menjelaskan bahawa perbualannya merupakan satu adunan pahit kekecewaan,ketakutan,kegagalan,kebodohan,pengkhianatan dan sebagainya..

-1+-1=-2

Penjelasan yang mudah..perkara yang negatif makin ditambah makin bercambah..Semakin besar input negatif yang dibiakkan dalam pemikiran kita, maka semakin besar output negatif yang terhasil.. jadi,buangkan semua pemikiran negatif..!! Kuburkannya jauh2..

"Aku manusia bertuah dengan segala nikmat yang Allah kurniakan padaku..InsyaAllah,aku BOLEH..!!
                                                     
__credit to wafiibnbakr.blogspot.com____

-Masih ada waktu...untuk berubah..
-writing ku masih lagi xmeningkat2 akan bertambah..[positive thinking..haha]
-semua tue bukan masalah..itu cabaran..heh ^^..InsyaAllah,Allah tolong...

uhuk..mekacih alg aka che inda~

Tuesday, June 1, 2010

hati KITA~

Alhamdulillah….
Meskipun baru je beberapa hari lepas kite bersama…
Terasa seakan baru semalam kita lalui…
Inilah perjalanan kite julung-julung kalinya kite bersama bergerak dari satu tempat ke satu tempat….
Banyak pengalaman yang kita lalui bersama…
Trejet terhenjut-henjut, pOn..pOn..pOn.. oleh pemandu2 lain, tersasar laluan pulang..jem nye lagi..
Pun begitu semua itu dirasakan manes….

Kerana semua itu jua..tercipta segala kenangan..kemanesan..ukhuwah antara kita…

“terkadang dengan mata seseorang, kita tahu bahawa hati kita ‘sama’.

dan kita tahu apabila kita melihat wajah seseorang, pelik kenapa hati masih belum seirama..

kesatuan hati itu akan menerbitkan sebuah rasa..

itulah dia rasa ke’sister’an, rasa tanggungjawab mengembani dakwah ini bersama..

maka jadilah kita mu’minaat, auliyaa ba’dihum min ba’d.. orang2 mukmin yang menjadi penolong kepada saudarannya..

rasa satu hati.. rasa susah dan payah bersama. rasa mahu menanggung beban dakwah bersama…

Perkara itu datang dengan…

kesedaran hati yang sama..

demi mengingini…

mardhatillah( keredhaan Allah),

dan kesungguhan yang jiddiyah ( sungguh-sungguh) untuk mendapatkan syurga Allah itu…

rasa hati itu perlu sama..

tujuan dan matlamat perlu sama..

barulah aku dan kau.

akan bersatu

pada satu hati ini….”-muharikah

uhibbukunna fillah.. ^^

sungguh!..moge hatimu dan hatiku bertaut….

Perjalanan seterusnya…imthebos sudah mengekpresikan dengan baeknya..subhanallah..jzkk adikku^^

Qunut Nazilah!..keep on ...~

maksudnya:
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka..
 

ayuh!!!

Qudwah Seorang Kader Dakwah

Dedicated to kekanda burians ku sayang fillah ^^