Sunday, November 22, 2009

sahabat!

salam juang sahabat....
entry kali ini sepatutnya telah lama diupload....
ianya tersimpan rapi di dalam syadid~...
madah kata2 yg kuambil copynya dari beliau~..atie

aku merindui teman untuk berjuang,

aku rindukan sahabat utk berjihad,

kawan senda dan tawa,

sadiq utk sama2 beribadat,

rakan utk sama-sama muhasabah,

yg sama-sama menuntut ilmu Allah,

sama-sama bekerja demi Islam,

sama-sama berkorban demiNya,

dan sama-sama saling berpesan dgn kebenaran dan kesabaran.


Allah, kurniakan diri sahabat.
Hati sayu ke sana ke mari tanpa sahabat di sisi.


Siapa sebenarnya sahabat?

Seorang yang layak dijadikan cermin kepada diri.
Seorang yang tidak mentertawakan tindakan sahabat sesuka hati.
Seorang yang sentiasa memberi sokongan.
Seorang yang tidak akan pernah meninggalkan sahabat walau diri dihimpit dengan tanggungjawab.
Sahabat sentiasa menegur kesilapan dan sentiasa memberi kritikan yang membina.
Seorang sahabat juga sentiasa meminta dirinya untk ditegur.
Sahabat sentiasa mencuba untuk mengenali diri sahabatnya luar dan dalam, tanpa rasa ego atau rendah diri.
Seorang sahabat sentiasa sanggup berkongsi apa sahaja selagi mampu untuk manfaat sahabat.
Seorang sahabat sentiasa mencuba menghiburkan sahabatnya tanpa gurauan ang menyakitkan, gurauan yang tidak menghentam pendirian sahabatnya
Seorang sahabat sentiasa mengajak ke arah tazkiyatunnafs (pembersihan diri)

*Sahabat, yang tidak malu atau gusar untuk berdepan dengan sahabatnya tika menegur,
Asbab insan ini sungguh tak suka terima teguran dari seseorang yang diri tidak tahu siapa.
Sahabat yang sentiasa mengambil berat setiap masa,
bukan hanya hadir tika insan ini berbuat kesilapan, 'sahabat' itu hanya hadir untuk menegur kesilapan.
Tidak kuingin sahabat yang hanya bersuara tika menyatakan kesilapan, tapi tidak bersuara untuk menyokong kelebihan.



Diri dambakan sahabat.
wahai diri, jadilah sahabat.






No comments:

Post a Comment

ayuh!!!

Qudwah Seorang Kader Dakwah

Dedicated to kekanda burians ku sayang fillah ^^