Wednesday, March 17, 2010

harungilah

hari-hari yang berlalu tidak lepas dari diuji oleh Pencipta KITA.. saat terasa terganggu dengan pelbagai perkara..terbaca sebuah coretan seorang sahabat... sesekali diuji.. terpana dengan kata2nya..sungguh!..muhasabah si hati..muhasabah si iman.. koreksi iman..koreksi hati.. yang sentiasa berterusan...
 
Sebenarnya masih ramai lagi di kalangan kita yang ragu-ragu dan berburuk sangka denganNYA setiap kali diuji. Nau'zubillahi min zalik.  Merenung kembali ayat 216 di dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” telah mengajar penulis untuk lebih bersederhana dalam setiap perbuatan bilamana kesilapan yang pernah dibuat dijadikan pengajaran demi meneruskan kehidupan yang masih panjang.   
Ingatlah Allah subhanaAllah sekali lagi telah berfirman dalam surah Al-Hadid ayat 22 yang bermaksud : " Tiada suatu bencana pun yang menimpa di Bumi  dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (lauhul mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah SubhanaAllah."
 
' Kadang - kadang kita berdoa untuk kuat tetapi banyak pula dugaan datang, 
kadang-kadang  kita minta cerdik tetapi masalah pula yang timbul,
kadang-kadang kita minta kebahagiaan tetapi huru hara pula.
Dugaan menjadikan mental kita kuat, 
masalah menjadikan kita berfikir,
huru hara menjadikan kita tabah.'
Hebatkan Allah ...
Semua ada hikmah.
Sekiranya manusia tahu hadith ini,
Telah berkata Jibrail:" Wahai Tuhan, Engkau sampaikan hajat hambamu,
maka Allah menjawab : Biarkan hambaKU itu, kerana AKU mencintai suaranya"
 
credit to 'mengharap mardhatillah'...

1 comment:

  1. salamun salam....

    hm, alhamdulillah masih lagi ada manusia yang tersedar dengan kata2 Allah swt...
    Ayuh! sama2 muhasabah diri...Allah always with us=p
    Moga kita digolongkan di kalangan orang2 yang sentiasa redha menerima ujian dariNYA.

    ReplyDelete

ayuh!!!

Qudwah Seorang Kader Dakwah

Dedicated to kekanda burians ku sayang fillah ^^