AQ51:56
~bersiap dan berbuatlah, janganlah menunggu datangnya esok hari, kerana bisa jadi engkau tidak bisa berbuat apa-apa di esok hari~
Sunday, November 22, 2009
nape ye KITA nih kat SINI??
AQ51:56
merasai, faham dan amalkan...
sahabat!
aku rindukan sahabat utk berjihad,
kawan senda dan tawa,
sadiq utk sama2 beribadat,
rakan utk sama-sama muhasabah,
yg sama-sama menuntut ilmu Allah,
sama-sama bekerja demi Islam,
sama-sama berkorban demiNya,
dan sama-sama saling berpesan dgn kebenaran dan kesabaran.
Allah, kurniakan diri sahabat.
Hati sayu ke sana ke mari tanpa sahabat di sisi.
Siapa sebenarnya sahabat?
Seorang yang layak dijadikan cermin kepada diri.
Seorang yang tidak mentertawakan tindakan sahabat sesuka hati.
Seorang yang sentiasa memberi sokongan.
Seorang yang tidak akan pernah meninggalkan sahabat walau diri dihimpit dengan tanggungjawab.
Sahabat sentiasa menegur kesilapan dan sentiasa memberi kritikan yang membina.
Seorang sahabat juga sentiasa meminta dirinya untk ditegur.
Sahabat sentiasa mencuba untuk mengenali diri sahabatnya luar dan dalam, tanpa rasa ego atau rendah diri.
Seorang sahabat sentiasa sanggup berkongsi apa sahaja selagi mampu untuk manfaat sahabat.
Seorang sahabat sentiasa mencuba menghiburkan sahabatnya tanpa gurauan ang menyakitkan, gurauan yang tidak menghentam pendirian sahabatnya
Seorang sahabat sentiasa mengajak ke arah tazkiyatunnafs (pembersihan diri)
*Sahabat, yang tidak malu atau gusar untuk berdepan dengan sahabatnya tika menegur,
Asbab insan ini sungguh tak suka terima teguran dari seseorang yang diri tidak tahu siapa.
Sahabat yang sentiasa mengambil berat setiap masa,
bukan hanya hadir tika insan ini berbuat kesilapan, 'sahabat' itu hanya hadir untuk menegur kesilapan.
Tidak kuingin sahabat yang hanya bersuara tika menyatakan kesilapan, tapi tidak bersuara untuk menyokong kelebihan.
Wednesday, November 18, 2009
zikir di hati seperti ikan di air?
makanya, kita mahu yang mane?..adakah harian kita berlalu tanpa zikrullah... menunggu bus boleh berzikir, memandu kereta boleh zikir, menunggu turn mandi mungkin boleh berzikir, sambil memasak di dapur boleh berzikir.
Friday, November 13, 2009
bulu kucing??
“Memang ada ulama (mazhab Shafi'ii dan Hanbali) yang berkata bulu kucing itu najis kerana berpegang pada pendapat bahawa apa yang terpisah dari binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih atau binatang yang tidak boleh dimakan adalah najis.
Tapi sesetengah pendapat dan pendirian lebih menjurus pada (Hanafi dan Maliki) kerana
1. ada hadits nabi s.a.w yang menceritakan mengenai seorang sahabat yang bertanya mengenai hukum kucing. Nabi lalu jelaskan bahawa ia tidak najis kerana ia adalah binatang yang sering berkeliaran di rumah dan sekitaran kita. Kalau ia najis, akan pasti menyusahkan. Sedangkan Islam adalah agama yang memudahkan.
Lihat hadits -- diriwayatkan dari Abu Qatadah, di mana Rasulullah saw bersabda,
2. Sahabat nabi s.a. w bernama Abu Hurairah dinamakan sedemikian kerana ia memang suka dengan kucing dan dia ada kucing peliharaan yang dibawa ke mana-mana. Kalau bulu kucing yang tercabut itu najis, dia pasti tidak melakukan sedemikian kerana hakikatnya amat sukar untuk menjaga diri dari bulu kucing yang tertanggal.
Wallahu A`alam---- salam juang...
Wednesday, November 11, 2009
yOk!!..."Jual Beli dengan Allah"
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي
سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآَنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Artinya:
:لا عين رأت ولا أذن سمعت ولا خطر في قلب بشر
“tidak pernah dilihat mata, didengar telinga dan tidak terlintas pada hati seseorang pun”-...
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ . . .(الشورى 21)
Artinya;
Tuesday, November 10, 2009
manfaatkah kita kepada orang lain??
Bismillah.... The most gracious..the most merciful...
Alhamdulillah..jzkk to achik for sharing the hadith from Rasulullah saw..
I got the point there..search..read and summary...then paste to this blog...
wanna to share with you...as my dearest adik.kawan.sahabat.kakak.mak.makcik..
Rasulullah SAW bersabda: خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia.
Yup...orang yang paling dicintai Allah swt adalah yang paling membawa manfaat kepada orang lain mahupun disekelilingnya...dan dalam memberi manfaat pada yang lain...pastinya dengan ilmu... “Jika hendakkan dunia..hendaklah berilmu..jika hendakkan akhirat..hendaklah berilmu..jika hendakkan kedua-duanya...hendaklah berilmu... either ilmu dunia or ilmu akhirat...pastinya ianya membaca faedah dan manfaat kepada yang lain...mudah-mudahan...
Sebagai contoh dalam kehidupan kita kini...
seorang engineer...
seorang pensyarah bidang masing (eg..Dr Biotech, Dr Nutrition, Dr. BioMedic, Dr. Hrd, Dr.Multimedia)
seorang Demo
seorang pembantu penyelidik
seorang pembantu pengajar
---> kesemuanya bermanfaat kepada orang lain...
don't they???...
hurm...but then...the most precious ...the most beneficial thing is to let others understand the beautiful dan the unique of islam itself clearly...( betul kah ayat ku ini???..)
lebih kurang macam nihla...semua ilmu itu bermanfaat kiranya membawa kebaikan pada diri dan orang lain tapi perkara yang palin besar manfaatnya alalah memberi kefahaman yang sebenar-benarnya kepada orang lain through life style, qudwah...and many2 more...
sekecil2 perkara2 itu adalah dalam islam itu sendiri...jika kamu berfikir...
ok la...sampai sini dulu...
oh ye..if kita xmahu jadi manusia yang bermanfaat..jangan jadi manusia yang menyusahkan orang lain..kerana demikian ianya menjadi seburuk-buruk manusia...
bisakah kital nak jadi seburuk-buruk manusia???...suka kah diri dipanggil buruk??..hurm...
Oleh itu sama-samalah kita tegur-menegur antara satu sama lain sebagai cara kita memberi manfaat kepada mereka....
yok!..berusaha baiki diri..betul kan niat setiap pekerjaan kita...
moga hari-hari mu di berakahi Ilahi..ameen..
Wednesday, November 4, 2009
moga tenang jiwa yang sibuk
kepada diri ku jua dirimu... kukongsikan sesuatu yang very significant to our life..
so..take note..life too short..make it as maxsimum as possible..to gain redha Ilahi..
Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan.
Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.
Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang
tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab “ya!”.
Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan
menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.
Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…”
Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.
Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”
Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.
“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.
“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda.
Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.
Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”
“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.”
“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum.
“Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”
Sekian, moga tenang sedikit jiwa yang sibuk. Ceria selalu ...- dari blog pakarhowto.com
ye!!! aku setuju!!! amat!!! sgt!!! dan benarlah..ianya memotivasikan diri ini... jika kau bekerja...meskipun kau seorang pelajar..meskipun kau seorang ibu...meskipun kau seorang anak...meskipun kau seorang kawan harus kau ingat kau adalah tetap HAMBA-NYA... tunduk kanlah hatimu...lembut lunak kan hatimu.. dengan kata-kata Allah (AQ)... laksanakan ape yang disuruh... wahai jiwa2 yang halus.. sabar wahai diri...sedang berusaha.. ya Allah...
---p/s: akan ku ingat kisah ini sahabat---
---p/s: achu..diriku jua copy paste..=p---