Monday, January 4, 2010

How Allah "mendidik kita"~

salam satu ummah~...

sejak kecil kita dididik diajar diasuh dan segala bentuk kasih sayang yang ditunjukkan....
betul x?..

namun pernahkah kita terfikir bagaimana Allah mendidik kita??....

ada 3 cara Allah mendidik kita... dan haruslah kita sedar ...dan amiklah ia dalam menjalani kehidupan kita ini...

ape dia?

pertama, melalui ayat maqruah..ayat dalam AQ..Allah mendidik kita melalui ayat tabsyir (berita-berita gumbira). juga ayat inzar (berita ancaman)... melalui ayat-ayat ini juga, Allah mendidik kita tentang kejadian alam semesta dan ini meransang manusia untuk berfikir ttg segala nikmat yang kita perolehi dari siapa..tentang Akhirat, Syurga, Neraka... mengikut sesetengah pendapat terdapat hanya 6666 ayat dan hanya 500 tentang hukum hakam..selebihnya mengajak manusia berfikir, memerhatikan kejadian diri, ciptaan dan lain-lain....ayat ini menggunakan dalil naqli (wahyu)..

kedua, melalui ayat manzurah. yakni kejadian alam... bukankah segala -galanya ada yang mengatur?????...... bayangkan ...detik berlakunya gerhana matahari, gerhana bulan, pasang surutnya air laut, hari ini, esok, lusa, tahun-tahun akan datang, semuanya sudah ditentukan dengan tepat....ayat ini menggunakan dalil aqli.. yakni mengikut waras..rasional dan logik....dan mustahil setiap yang berlaku itu kebetulan...(erm..1st time dengar masa alg cakap smlm)

dan yang ketiga..dinamakan ayyamullah..yakni hari-hari Allah.. inilah kejadian dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita.. setiap yang berlaku dalam kehidupan kita ini adalah didikan Allah pada kita... tidak kiralah kejadian itu besar ke kecil, sakit ke senang, sumenya ada nilai didikan kepada kita...

subhanallah..cantikkan didikan Allah pada kita???..

orang beriman itu adalah orang yang berfikir...

jadi usah malas berfikir ye...

(selingan ringkas)

istiqamahlah kamu kerana itu lebih tinggi daripada karamah..kerana istiqamah itu sesungguhnya lebih sukar. ia memerlukan mujahadah...sedangkan karamah itu adalah anugerah...

mujahadah itu kerja kita. anugerah itu "kerja" Allah...

credited to solusi 15~

No comments:

Post a Comment

ayuh!!!

Qudwah Seorang Kader Dakwah

Dedicated to kekanda burians ku sayang fillah ^^