Friday, January 8, 2010

tafakur alam 1~


Bismillah~….
Ingin ku coretkan sebuah perkongsian yang ku perolehi tatkala duduk bertafakur dengan alam ini~…
Subhanallah…indah sungguh ciptaan Tuhan…yang telah menjadikan setiap sesuatu bukan sia-sia….. alam yang terbentang luas…
Jika berpeluang, carilah masa…pergi tepi pantai lihatlah laut yang begitu luas…ombak yang memukul pasir-pasir...terus dan menerus…disokong dengan angin yang cukup nyaman…pokok-pokok  yang teguh terpacak ditepian pantai meneruskan kehidupannya di alam fana ini….setiap satunya saling berpaut..saling memerlukan antara satu sama lain….
Wow!..subhanallah…indah bukan???....
Hayatilah ayat-ayat suci quran yang menerangkan tentang kejadian bumi, kejadian alam, kejadian malam dan siang…..sungguh…Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui…
SURAH AN-NABA…JUZ 30….DAN BANYAK LAGI…
Apa kaitannya alam ini pada kita?....
Allah, manusia dan alam…..
Alam itu merangkumi semua aspek benda yang diciptakan untuk kita manusia…
Hebatkan kita??....
Allah sediakan alam ini untuk kita….Allah beri kita nikmat yang tak terhingga buat kita….
Bersyukur x kita??...
Namun adik2…jarang antara kita yang bersyukur…
How to show our thanks to HIM??...
Ada yang menyatakan..”Alhamdulillah”….
Erti syukur yang sebenar adalah melaksanakan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang….
Allah bagi kita telinga dan mulut…untuk berkata dan mendengar…
Jika kita mengumpat atau mendengar umpatan…apakah kita syukur dengan nikmat indra itu???...
Begitu jugalah alam ini….
Tanda syukur pada alam ini…. berbuatlah baik diatas muka bumi ini….
Ketahuilah adik2…bahawa setiap makhluk dibumi ini sentiasa bertasbih…sentiasa!...
Kita manusia??...yang Allah katakan kita ini makhluk yang cukup special dengan adanya akal…
Adakah kita sentiasa bertasbih?..berzikir?..
Marilah sama-sama bermuhasabah kembali…
[thought of mine…to b continued]
Appreciated any input or value added …
my pleasure~

1 comment:

  1. erti syukur yang sebenarnya adalah bila mana kita tahu akan tanggungjawab kita. Allah itu Maha Pemurah...tak perlu bayar setiap apa yg telah diberikan..bayangkan kalu oksigen yg kita hirup hari2 tuh perlu dibayar, 20sen sesaat..aiyak, mati wooo..hehehe

    namun, setiap yg tersedia ini bermula dari diri kita, sehingga ke bumi Allah y luas ini, Allah cipta untuk hambaNya, tapi untuk apa??
    ianya diibaratkan seperti seorang pekerja baru dtg ke opes.. sah2lah opes tuh dah siap bilik khas, meja, kerusi, fail2, alat tulis dan sebagainya bukan? utk apa? untuk BEKERJA..

    kalu setiap sesuatu yg Allah cipta untuk kita ini utk kita manfaatkan dan sebagai kemudahan untuk kita BEKERJA lebih effective lagi, sbgi apa? sebagai PEKERJA yang bernama HAMBA dan KHALIFAH..

    sedikit tambahan...insyaAllah

    ReplyDelete

ayuh!!!

Qudwah Seorang Kader Dakwah

Dedicated to kekanda burians ku sayang fillah ^^